Kata-kata Peringatan!:::
Morning prayer (Subuh) is the beginning key of your life. If you don get it, it will ruin your whole day.- azizishak
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bismillahirrrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Semoga sahabat2 dan pembaca2 di luar sana sihat wal afiat dan sentiasa dipayungi oleh rahmat ALLAH azzawajalla. Sudah lama saya tidak menekan2 papan kekunci ini secara bertalu-talu dan ber-backspace ketika tak tau nk susun ayat macam mana. Hidup sebagai mahasiswa tidaklah menjadi kekangan utk menulis, tapi sebenarnya, sedikit kemalasan dalam menulis dan menaip. Astaghfirullahalazim. Semoga Allah memberi kekuatan utk melawan nafsu malas ini dalam menyampaikan risalahNya dan ingat-meningati antara satu sama lain.

Mari kita melawan nafsu!! Hoorrrayy!
Alhamdulliah, setelah 2 minggu berdakwah, berukhuwah sambil mencari ilmu di IMU (Islamic Medical University, Insyaallah akan berlaku tapi, masih lagi bernama International Medical University), pelbagai pengalaman dan cabaran yg saya hadapi tanpa mengira keperitan onak berduri. (fuh, ayat power mcm altramen) Jika dilihat dari sudut anatomi, jadual harian saya mcm *stomach yg dipenuhi dengan sarat makanan-makanan yg disediakan oleh 10 open hose yg diadakan serentak sehingga menyebabkan duedonum terkeluar menyentuh kidney, fuh cukup pack. Kemudian, malam disambung dengan rehersal teater yg dianjurkan oleh Malay Culture Society sehingga 12 tengah malam(saya pelakon Xtra, hehe.)
*Fakta yg tidak ada kena mengena dengan Medic yg hidup ataupun mati.
Walaubagaimanapun, pengalaman ini buat saya terdetik dan merenung jendela buat seketika sambil memandang Stadium Bukit Jalil (dekat sangat dgn tempat saya), adakah hidup ini yg dipenuhi dengan kesibukan mengejar dunia dapat menngecualikan kita dari tanggungjawab ALLAH berikan kepada kita? Sibuklah sampai ke planet Pluto sekalipun, risalah ISLAM yg disampaikan oleh Rasulluah WAJIB dijunjung sampai kiamat.
Saya nak ceritakan sedikit pengalaman saya seorang insan marhaen yg tidaklah bagus sangat malah pendiam katakan. Huk Huk. Berani ingin saya katakan, saya dulu memang berniat untuk lari dari tarbiyah Islam sebab saya fikirkan ISLAM itu hanyalah satu cara & guideline utk membentuk diri saya kepada kebaikan. Ia bermula dgn falsafah ini; Belajar di sekolah agama merupakan satu target hidup selepas UPSR dalam memenuhi stigma masyarakat Malaysia yg mengatakan bahawa;
Kalau anak hang masuk sekolah agama, baguihla. Dapat jadi anak soleh. Belajaq bahasa arab dan agama ISLAM campoq Syariah lagi. Tu dia, konpem masok syurga.

Saya dididik untuk jadi Ustaz. Yeaayy!! (credit to my anak buah, Muhammad Al-Amin)
Stigma ini dididik dari turun kemurun menurun kau meme dabom dalam masyarakat Muslim Melayu. Saya nak tanya sahabat2 beberapa soalan cepumasrak (cepu emas campur perak):
1) Adakah ISLAM itu hanya utk kanak2 sekolah agama seperti saya?
2) Adakah saya seorang sahaja Muslim yg layak utk menjadi imam solat dan menjadi pembaca doa dalam satu2 majlis?
3) Adakah kanak2 sekolah sains tidak layak utk menjadi ustaz sbb mereka hanya belajar PAI sedangkan sekolah agama belajar PSI, PQS dan BAT? Amekaw, SPM ktorg ada 11 subjek, korang ada 9 je (bernada riak)
Cukup dengan 3 soalan di atas sudah mampu menyebabkan kita tidak sanggup meghuraikan. Kenapa takut nk huraikan? Sebab inilah didikan masyarakat Melayu ISLAM di Malaysia yg diajar selama ini. **Kita kena ikot la. Ini budaya keunikan bangsa Melayu Malaysia. Bukan tak nak hurai, saya belajar utk memajukan diri, nanti dah besar dan berjaya. Ada duit banyak pastu nanti saya tolong la ISLAM dgn duit2 ni semua. Ini statement yg ditanam dalam diri kita sejak kecil.
**Selalunya statement ni akan keluar utk menjawab soalan ni. Baik saya tulis siap2. Jangan terasa ok.
Berbalik kepada isu pelarian yg ingin melarikan diri dari Tarbiyah ISLAM, setelah selesai SPM, dengan bangganya memperoleh sijil yg cemerlang, terpuji dan dipuji. Mana tak bangganya, sebab kena puji oleh kawan2 laki dan wanita2;
Ush, hebat no hang ni. Dahla sekolah agama, pandai pulak tuh. Hang nak jadi doktor ka pasni? Tu dia. Hebat gila! Hang konpem masok syurga dan kaya di dunia.
Ok, cukup. Dialog itu tidak betul. Ia hanya ringkasan dari pelbagai versi dialog2. Apabila sudah merasai diri sudah cukup dengan ISLAM buku teks yg ada dalam diri, inilah kesilapan TERBESAR dalam kehidupan saya. Malah, perasaan inilah menjadi racun umat ISLAM. Percayalah, umat ISLAM merasakan mereka sudah cukup dengan:
1)ISLAM atas kad pengenalan dan surat beranak,
2) ISLAM dalam persatuan atau kelab2
3) ISLAM dalam ijazah/sijil bidang2 pelajaran ISLAM
4) ISLAM dalam pernikahan/ munakahat
5) ISLAM dalam berpolitik
6) ISLAM dalam beribadat/ dengar kuliah/ baca novel ISLAM
7) ISLAM dalam memberi kebajikan/sedekah
Adakah ini sahaja ISLAM yg kita kena ada? Adakah dengan adanya kesemua di atas, sudah cukup ISLAM kah kita ini? Adakah kita selesai melaksanakan tanggungjawab kita kepada ALLAH dgn melaksanakan semua perkara di atas? Percayalah sahabat2, ISLAM tidak sama sekali mengajar kita untuk merasakan diri kita sudah cukup dengan hanya ISLAM itu hanya dalam diri kita sahaja. Surah Al-Hadid, ayat 21:
Berlumba-lumba lah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi, yg disediakan bagi orang yg beriman kepada ALLAH dan Rasul-rasulNya; itulah kurniaan ALLAH; diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan ALLAh mempunyai kurnia yang besar.
Berdasarkan ayat surat cinta ALLAH ini, ALLAH menyuruh kita berlumba-lumba utk mendapat keredhaanNya. Bukan hanya masa dalam bulan Ramadhan sahaja, tetapi sepanjang masa hingga akhir hayat. Maksudnya, perasaan mencukupi itu BUKAN sifat2 muslim sejati. HAH. Dush Dush Zzzzeeeeuuuuwww kene laser dari altramen kt kepala. Adoii. Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa perasaan mencukupi itu sendiri akan merosakkan diri kita dan masyarakat ISLAM. Percayalah bahawa kita sedang diracuni. Umat ISLAM tidak akan naik dan bangkit setinggi langit selagi tanggungjawab kita terhadap ALLAH tidak dilaksanakan.

Zeeeewwwwwwww...Adoiiii..
Berbalik kepada pengalaman saya, perasaan mencukupi itu menghancurkan diri saya dan memakan iman sedikit demi sedikit. Suntikan jahiliah dicucuk masuk dalam saluran akal dan makin melekat di hati rohani dan hampir-hampir memenuhi ruang hati saya. Keseronokan dunia dikejar dan kehidupan diwarnai dengan kegembiraan yg sementara dan dapat membuat double-kill dalam DOTA, merasakan hidup ala-Korea dan pelbagai lagi. Bukan tak boleh, berhibur boleh tapi ada batasnya. Kita kena ingat bahawa ALLAH tidak suka orang yg melampaui batas. Sorry for Dota-ian and Korean fans. Saya pernah berada di tempat anda tapi saya pernah bersifat keterlaluan dalam menikmati hiburan tersebut. Saya menasihatkan supaya anda tidak keterlaluan dalam berhibur selepas ini. Allahuakbar!!
Sebenarnya, pengalaman ini diceritakan kepada sahabat2 dan pembaca2 adalah utk menghighlightkan satu persoalan bahawa apa tanggungjawab kita terhadap ALLAH. Apa tanggungjawab kita terhadap ALLAH? Solat? Puasa? Haji? Sedekah? Itu sahajakah? Bagaimana pula dengan ayat2 ALLAH ini:
a) Surah Al-Baqarah, 174
Sesungguhnya orang yg menyembunyikan keterangan Kitab Suci yg diturunkan oleh ALLAH dan membelinya dgn sedikit faedahnya, mereka tidak mengisi dalam perut mereka selain api neraka, ……………………………….
b) Surah Ali-Imran, 187
Dan (ingatlah) ketika ALLAH mengambil perjanjian setia dari orang yg telah diberi Kitab (iaitu): Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikannya. Lalu mereka membuang perjanjian ke belakang mereka, ……………………………………………………….
c) Surah Al-A’raaf, 179
Dan sesungguhnya Kami jadikan (isi) neraka jahanam kebanyakannya dari jin dan manusia yg mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunya mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yg lalai.
d) Surah An-Nahl, 44
Dengan membawa keterangan-keterangan dan Kitab-kitab Suci; dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
e) Surah Adz-Dzaariyaat, 56
Dan aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahKu.
f) Surah Al-Hajj, 67
Bagi tiap-tiap umat, Kami ada satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yg lain membantahmu, dalam urusan syariatmu, dan serulah umat manusia kepada agama Tuhanmu, sesungguhnya engkau berada di jalan yang lurus.
g) Surah Al-Mudassir, 2
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran kepada umat manusia.

Surat Cinta dari ALLAH
Hah, macam mana ni? Ayat-ayat ini sudah lama ALLAH turunkan kepada kekasihNya, Muhammad Rasulluah. Adakah kita sudah menyahut paggilan ini? Lu Pikiaq la snighie.
Dalam banyak ayat-ayat ini, saya tertarik utk mengulas ayat ke-2 dari Surah Al-Mudassir yg signifikannya ialah kata kerja “bangun”. Bangun dari mana? Adakah Rasulluah sedang tidur ketika itu ketika menerima wahyu ini?
Saya melihat ayat ini sebagai satu tanda panggilan kepada umat ISLAM supaya bangun dari mimpi-mimpi Jahiliah. Sudah tiba masanya kita meninggalkan tilam yg empuk dan selesa (Jahiliah yg menyeronokkan), KELUAR dari comfort zone dan terus sampaikan risalah ALLAH kepada umat manusia. Nampak susah bukan? Memang pun. ***Aik, mcm mana ni? Aku nk hidup senang la. Aku xmau la berdakwah2 ni. Ni semua kerja ustaz dan ustazah je lah.
***Ikut suka kau lah. Ini bukan aku suruh tapi ALLAH yg suroh.
Surah al-Baqarah, ayat 155:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yg sabar.
Jalan-jalan ALLAH memang banyak dugaan dan cabaran dan inilah kebenaran. Walaupun ini hanya satu jawapan yg sangat ringkas tetapi ia menunjukkan bahawa kehidupan Umat ISLAM yg kita impikan seperti zaman Nabi Muhammad, para sahabt2 dan khalifah2 adalah bukanlah sesenang ABC tetapi sesusah MATH HL malah lebih HEBATT dan SUSAHH!!!! Oleh itu, kepada sesiapa yg masih mengantuk dan ingin tidur, sila angkat keyboard anda dan bangunlah bersama untuk kita sampaikan risalah ALLAH kepada sahabat2, saudara seIslam dan masyarakat kita walaupun satu ayat. Insyaallah.*amannn (sambil membuat lambang 2 jari peace)

Adakah tertidur ketika lecture adalah perkara biasa? Hmmm..Bangun2
p/s: Teruskan membaca. Jika ada ilmu yg ingin dikongsi, silalah komen sahabat2 dan pembaca2. Para da’ei di luar sana, silah lah beri ulasan ataupun pandangan anda masing-masing. Jazakallah.