2 kali ALLAH bagi aku peluang tetapi aku GAGAL…

1. Entri kali ini (walaupun satu hari sampai 4 entri, tetap “kali ini” juga, semangat blog baru hehe ) mahu menceritakan serba sedikit pengalaman penulis mengenai 2 kali peluang yang telah ALLAH berikan tetapi GAGAL melaksanakan sebaik-baiknya.

2. Apa peluang yg dimaksudkan? Ramadhan. Ramadhan. Ramadhan.

3. Pengalaman Ramadhan yg lepas adalah suatu perkara yg menjadi penyesalan kepada penulis. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

4. Qiamulail, solat sunat, sedekah dsb. AMALAN-AMALAN inilah yg penulis LUPA. LUPA. LUPA lakukan dalam bulan RAMADHAN yg lepas. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Bukankah penulis adalah seorang yang baik dan alim? (ceh! Soalan skema. Engkau yg perasan alim baik.)

5. Keinginan hendak dapatkan Lailatul Qadar itu ada, tetapi hanya angan-angan Pak Pandir. Hendak kurangkan MENGUMPAT, tetapi lebih teruk lagi. JAHIL. JAHIL. JAHIL.

Cukuplah setakat 2 Ramadhan aku sia-siakan

6. Di hujung minggu dalam RAMADHAN, penulis menghabiskan masa bersama nafsu untuk bermain dan layan movie. Penulis habiskan masa sampai ke SUBUH bersama rakan-rakan bermain permainan komputer (segan nk sebut game ape). APA YG AKU DAPAT? APA YG AKU DAPAT? APA YG AKU DAPAT?

“Sesungguhnya terdapat 3 orang yg paling celaka di sisi ALLAH; Orang yg tidak mahu mengambil peluang untuk bertaubat kepada ALLAH apabila tibanya RAMADHAN, orang yg apabila menyebut nama Muhammad, tidak berselawat kepada Muhammad dan orang yg tidak pernah berbuat baik kepada ibu bapa.” -mafhum Hadis-

7. Nah, sudah berapa kali kecelakaan yg ALLAH lemparkan? Sedar? Tidak Sedar? Sedar? Tidak Sedar?

MAKA,

Sahabat-sahabat, rakan-rakan, saudara-saudari, pemuda-pemudi dan muslimin muslimat

Sementara ALLAH masih lagi memberi kita peluang RAMADHAN,

Sementara ALLAH memanjangkan umur sehingga bertemu RAMADHAN.

Sementara ALLAH menganugerahkan kesihatan yg baik ketika bertemu RAMADHAN,

Sementara ALLAH membenarkan kamu bertemu RAMADHAN,

REBUTLAH serebut-rebutnya peluang yg ALLAH berikan dalam RAMADHAN,

Kerana kita TIDAK TAHU sama ada kita akan temui atau tidak RAMADHAN yg akan datang,

SEMOGA pengalaman penulis ini dapat menyemarakkan lagi semangat untuk ke RAMADHAN

TOLONG RAKAN-RAKAN, sudah-sudahlah dengan hiburan dunia yg melampau.

Sudah-sudahlah. Sudah-sudahla. Sudah-sudahlah.

JADIKAN RAMADHAN KALI INI YG TERBAIK 🙂

Dalam Ramadhan, Allah akan buka pintu langit seluas-luasnya untuk hamba-hambaNya memohon keampunan dari ALLAH

p/s:

  • Harap perkongsian yg sedikit ini mampu memberi kesedaran RAMADHAN. Penulis sudahpun terkena. Sesal tak sudah
  • Bersihkan hati dan keep RE-New Azam Ramadhan tiap-tiap hari. Insyaallah.
  • Penulis sudah lama tak makan popia basah dan murtabak. Hahaha 😉
  • Penulis telah menggunakan gaya bahasa repitisi dengan menunjukkan penegasan yg sangat2 dan gila2.
  • Sekali lagi dikemas kini (31/7). Terdapat beberapa typo.
Advertisements

Hamba Allah vs Hamba Ramadhan part 1

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH yg maha Pemurah lagi maha Mengasihani

1. Entri kali ini mengupas serba sedikit perbincangan forum yang telah dianjurkan oleh Masjid At-Taqwa.

2. Terdapat tiga orang panel yg sangat hebat ilmu mereka (terkenal di Seberang Perai Utara) membicarakan persediaan kita  sebagai hamba Allah ke madrasah Ramadhan Kariim.

Forum “Menjelang Ramadhan”

Ahli Panel:

Ustaz Rosidi Hussain

Ustaz Khairul Anwar Musa

Ustazah Mardziah Zakaria

Tempat: Masjid At-Taqwa

Tarikh: 29/7/11

Masa: 8.30 malam (Penulis datang lewat sedikit kerana tertidur sebelum Maghrib)

3. Ustaz Rosidi bertindak sebagai moderator dalam forum ini dan kedua-dua panel yg lain bertindak sebagai pendiskusi (betul ke words ni?).

Ustaz Khairul Anwar Musa

  1. Apabilanya tiba Ramadhan, pelbagai reaksi yg kita akan lihat sama ada menerima Ramadhan dgn gembira atau terpaksa atau membencinya (nauzubiillahu min zalik).
  2. Bagi orang yg bertaqwa kpd ALLAH, Ramadhan merupakan bulan yg sangat2 dirindui kerana di dalamnya terdapat ruang keampunan yg ALLAH buka seluas-luasnya kepada hamba-hambanya.
  3. Tiap-tiap malam dalam 30 hari Ramadhan 24 hours, ALLAH tawarkan pelbagai tawaran seperti digandakan pahala berlipat kali ganda, menerima segala keampunan dan memberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang beramal ibadat. (kalau pasar raya tawar diskaun 50% setiap barang yg dijual setiap hari, nak pergi beli ke tak? Mestilah tak. Dunia2. Ceh)
  4. Tetapi persoalannya, adakah kita peduli dengan tawaran ALLAH? Kebanyakan daripada kita menganggap puasa itu melemahkan badan, menyusahkan, tidak menguntungkan dan membantutkan produksi (Tak puasa pun, bantut jugak produksi negara. Bagi makan kroni2)
  5. Kalau puasa cukup 30 hari pun, perkara halal haram tidak diambil kisah. Niat puasa bukan kerana ALLAH tetapi sebab nak kurus (dush dush penulis agak berisi sekarang). Niat puasa untuk hendak berbuka puasa dengan girlfriend kat KFC. Kalau girlfriend tak ajak, tobat lahum la nak puasa (Ish3 ape jenih manusia ni)
  6. Adakalanya, mengumpat dalam bulan Ramadhan lebih teruk dari bulan-bulan yg lain. Tambah-tambah waktu nak menunggu buka puasa.

Duduk belakang sebab lambat =="

Kak Jah: Uiihhh lambat bebenor nak bukak puasa ni limah oii..ko nak taw x,  bla bla bla bla bla bla bla bla………

Limah: Oh yaka. Macam tu ka. Ish3. Aku pun nak tambah juga  apa hang cakap td. pot pet pot pet pot pet……

Kak Jah: Laaa… orang Ko’diang rupanya ko ni. Aku baru tahu hari ni.. Bla bla bla bla bla………………………………………………

*Ini hanya contoh sambilan. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. (mengurangkan tekanan membaca entri).

7. Maka, banyak lagi yg perlu kita baiki dalam Ramadhan yg akan datang. Baiki perspektif masyarakat ISLAM kita. Bukannya hanya berkata-kata sahaja, buktikan dengan amalan dan nasihat-manasihati sesama kita.

To be Continued……

P/s:

  • Prof. Yusuff Al-Qardhawi pernah berkata,

“Jangan kamu menjadi  hamba Ramadhan semata-mata, jadilah hamba ALLAH yg ikhlas mencari keredhaanNya dalam Ramadhan”

  • Post yg akan datang mengenai isu yg dibentangkan oleh ahli panel yang ke-2, Ustazah Mardziah Zakaria.
  • Entri ini pernah di-postkan tetapi penulis sekali lagi post setelah dikemas kini. Terima Kasih

Doa yg harus diamalkan dalam bulan Ramadhan