Dakhul Wahidan (Entri pertama)

Assalamualaikum,

1. Wah, ini kali kedua penulis membuat blog. Susah betul ya kalau buat blog pakai WordPress. Pening kepala dibuatnya.(Berlagak tak mau guna Blogspot)

2. Blog yang pertama sudah pun ditutup tahun lepas disebabkan ketika itu, tiada tujuan yg tetap dan hanya suka-suka sahaja. Insyallah kali ini, blog ini lebih bermatlamat dan bermanfaat kepada semua orang. (Niat saham akhirat)

3. Jika anda semua melihat nama blog ini, ditulis dalam makna bahasa arab “في الحقيقة إصلاح” “filhaqiqatulislah” yang bermaksud “baik pulih dalam kebenaran”. Ada sebab kenapa penulis menggunakan frasa arab ini. (panjang kalau nak cerita)

4. Beberapa bulan yg lepas, banyak pengalaman dan peristiwa yg banyak mengubah pemikiran dan pendirian penulis dan hinggakan timbullah idea untuk membuat blog sebagai satu medium dakwah. (Kepada sesiapa yg mengenali diriku, pasti mereka terkejut.

5. Ya, memang benar. Penulis sudah pun sedikit demi sedikit ingin berubah jadi lebih baik dan menghargai masa (ini AZAM RAMADHAN ku). Sebelum ini, penulis sedar bahawa ISLAM semakin jauh dari diri penulis disebabkan keadaan sekeliling dan ‘environment’ yg selesa sehingga lupa dan jauh dari ALLAH (tewas dengan hawa nafsu).

6. Faktor sekeliling bukanlah faktor utama penulis gagal mengawal hawa nafsu tetapi faktor diri sendiri (nafsi) yang EGO, SOMBONGRIAK.

7. Oleh itu, secara jujur boleh dikatakan, penulis tidaklah sealim seperti ULAMA kontemporari terulung, Prof. Yusuff Al-Qardhawi, tidaklah sebaik seperti Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan tidaklah sehebat Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

8. Penulis hanyalah seorang insan yg inginkan PERUBAHAN DIRI SENDIRI kepada yang lebih baik dan diredhai oleh ALLAH.

Advertisements

One thought on “Dakhul Wahidan (Entri pertama)

Ulasan daripada Pembaca

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s