Perkara baik tetap baik, perkara jahat tetap jahat (Tafsir Al-Quran)

Kuliah Ustaz Abd. Mutalib Bin Maarof, 23/7, 9.00 pagi, Madrasah An-Nahdhoh)

1. Dalam surah Ali-Imran ayat yg ke-113 hingga 117, Allah telah menerangkan bahawa:

Terdapat sesetengah ahli-ahli kitab (puak-puak Yahudi dan Nasrani) ada yg beriman kpd ayat-ayat Allah dan mengamalkannya walaupun sesetengah daripada puak-puak mereka menentang agama ISLAM secara terang-terangan.”(sila rujuk Al-Quran supaya lebih nampak)

2. Ayat ini telah diulas dengan cukup panjang (sampai kebas kaki kiri kanan aku) oleh Ustaz dimana beliau menekankan beberapa isu yg cuba ALLAH sampaikan dalam ayat ini.

3. Pertama, ayat ini menunjukkan betapa mulianya cara percakapan ALLAH s.w.t. dengan menceritakan perkara baik yg dilakukan oleh puak-puak Yahudi dan Nasrani walaupun mereka perangi ISLAM.

4. ALLAH tidak mencerca perkara baik yg mereka lakukan bahkan ALLAH memuji dan mengatakan mereka merupakan kalangan orang yg soleh. Betapa telusnya percakapan ALLAH dalam menceritakan sesuatu.

AL-Quran Kalam ALLAH

5. Tetapi, jika anda menelusuri ayat yg seterusnya, ALLAH secara terang-terang (Analisis ini berdasarkan tafsir Nur-Ehsan) mengatakan sesetengah daripada mereka juga menentang agama ALLAH dan mempunya niat untuk menghancurkan agama ALLAH dan mereka berhak untuk menjadi sebahagian daripada kayu api Neraka. (Kebas kaki lagi time ni)

6. Maksudnya, perkara yg baik tidak kira agama,bangsa, darjat dan sesiapa pun yg lakukan, ia tetap dianggap baik dan disukai ALLAH. Perkara jahat yang tidak kiralah agama, bangsa, darjat dan sesiapa pun lakukan, ia tetap jahat dan dibenci oleh ALLAH.

Tempat Syaitan berseronok-ronok

7. Sebagai contoh realiti, baru-baru ini Kerajaan Kedah (ini bukan soal politik, sila lapangkan dada, ini soal masyarakat ISLAM) telah pun merancang untuk wajib menutup semua pusat hiburan dalam bulan Ramadhan sebagai tanda menghormati Ramadhan. Ia merupakan satu rancangan yg bagus dan baik untuk umat ISLAM di MALAYSIA tetapi  ditentang oleh sesetengah tuan premis pusat hiburan yg bukan ISLAM.(ini fitrah manusia apabila berbeza kefahaman)

8. Yalah, kita faham bahawa ia akan memberi kesan negatif kpd keuntungan dan “periuk nasik” mereka tetapi matlamatnya adalah untuk melarang orang ISLAM sendiri ke pusat hiburan bukannya orang BUKAN ISLAM (“Adalah lebih baik kalau kedua-duanya sekali” kata penulis).

9. Maka, kerajaan Kedah setelah ber”meja bulat” dengan tuan-tuan premis (bukan meja kedai makan, tapi meja bujur xhabis ala2 parlimen), telah meletakkan syarat baru bahawa setiap premis pusat hiburan WAJIB menghalang orang ISLAM masuk ke pusat hiburan. Jika GAGAL, lesen premis akan ditarik balik.Selesai, sapa pun xrugi. Ini perkara baik yg patut negeri lain turut sama kuatkuasakan.

10. Tetapi, yg peliknya ada suara-suara ORANG ISLAM yg mebesar-besarkan dan memburuk-burukkan perlaksanaan ini (cth:”PAS ikut telunjuk DAP la, dan sebagainya” penulis tidak mahu mengulas panjang isu ini). Kalau orang BUKAN ISLAM yg menentang perlaksanaan ini, tidak mengapalah kerana mereka mungkin tidak tahu dengan jelas perlaksanaan undang-undang ini dan kita yg WAJIB untuk menjelaskan kepada mereka. Tetapi yg “problemnye”, Orang ISLAM sendiri yg mempertikai perkara baik yang sangat jelas kebaikanya. APE CER? Adakah ini pejuang-pejuang ISLAM yg dicanang-canangkan. (Ayat ini ditambah oleh penulis)

11. Sepatutnya kita, UMAT ISLAM MALAYSIA sepatutnya menerima dengan baik, tidak kiralah dilakukan oleh sesiapapun, parti politik mana pun, bangsa mana pun. Kalau benda baik dan tidak salah dalam agama ISLAM, sokong la. Tidak susah pun. Ketepikan kepentingan diri sendiri. Ini soal ISLAM.

Kopiah putih dan songkok hitam dipakai oleh orang ISLAM, bukannya MELAYU sahaja

12.Isu lain, isu penghantaran bantuan ke GAZA. Bukannya yg sertai pasukan tersebut, semuanya orang ISLAM. Paderi, rahib dan sesetengah orang yahudi turut berada dalam kapal pasukan tersebut. Mereka disambut baik dan kita berhak untuk memuji tindakan mereka yg baik, walaupun berbeza agama dan bangsa.

13.Inilah sikap yg ISLAM ajar. Apa hak kita untuk mencerca perkara baik yg orang bukan bersefahaman dengan kita sedangkan ALLAH sendiri memuji orang-orang YAHUDI dan NASRANI yg mengikut agama ALLAH. Apa hak kita? (Ustaz Mutalib bernada tegas dan garang ketika beliau menjelaskan hal ini)

Kapal Mavi Marmara

14.Oleh itu, perkara BAIK tetap BAIK. perkara JAHAT tetap JAHAT (equal to) perkara HALAL tetap HALAL, perkara HARAM tetap HARAM.

p/s:

  • Harap perkongsian ilmu ini dapat membuka minda kita semua dan diri saya sendiri. Insyaallah kalau ada persoalan/pandangan/pembetulan, boleh ditujukan (kt sini, xleh tuju lagu).Mana tahu saya boleh tolong tanyakan kepada Ustaz.
Advertisements

Ulasan daripada Pembaca

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s