Jangan bertuhankan Diri Sendiri

1. Pada zaman Imam Nawawi, terdapat seorang pemuda yang ingin mencari seorang ulama untuk menimba ilmu agama. Lalu, pemuda berjaya menemui Imam Nawawi dan meminta izin kepadanya untuk belajar daripada Imam Nawawi.

2. Maka, Imam Nawawi menerima pemudanya sebagai anak muridnya dan setiap hari, pemuda tersebut belajar dengannya. Sepanjang hidupnya bersama Imam Nawawi, Imam Nawawi tidak pernah bertanya mengenai diri pemuda itu.

3. Pada suatu hari, pemuda tersebut bertekad untuk menceritakan tentang hal dirinya pada Imam Nawawi (IN) kerana sudah lama pemuda tersebut belajar dengan IN tetapi gurunya tidak tahu mengenai diri pemuda tersebut.

Gambar semata-mata

4. Maka ditanya pemuda tersebut,

Wahai guruku, kenapa engkau tidak pernah bertanya mengenai perihal diriku sepanjang pembelajaran aku bersama kau selama ini?

Lalu dijawab oleh Imam Nawawi,

Aku hanya gurumu  dan tugasku adalah untuk mengajar ilmu kepada mu. Aku tidak perlu tahu mengenai diri mu, wahai pemuda.

Pemuda itu menjawab,

Aku tetap mahu menceritakan mengenai diri aku dan sejarah hidup ku kepada kamu, wahai Imam Nawawi dan aku ingin bertanya sesuatu.

Maka, Imam Nawawi bersetuju dengannya dan pemuda itu bercerita mengenai sejarah kehidupannya,

Sebelum aku datang berjumpa kamu, aku merupakan pencuri kain kafan di kampung ku. Setiap kali, ada kematian, itulah punca rezeki aku dan aku pasti akan mencurinya selepas selesai pengebumian mayat. Selepas itu, aku akn menjual semula kain kafan tersebut untuk diguna semula. Itulah kehidupanku. Namun begitu, aku sudahpun bertaubat kepada ALLAH dan aku berjanji untuk mencari ulama sebagai satu cara menebus kesalahanku pada masa lalu.

Soalan yang aku ingin tanya kepadamu, wahai guruku ialah sepanjang pekerjaanku sebaga pencuri kain kafan, aku terjumpa satu perkara pelik kepada mayat-mayat yg aku jumpa. Daripada 10 mayat yg aku jumpa, 8 mayat berpaling dari arah kiblat dan 2 mayat berkedudukan ke arah kiblat. Mengapakah 8 mayat itu berpaling daripada arah kiblat?

Setelai Imam Nawawi mendengar persoalan yang ditujukan oleh pemuda tersebut, beliau menjawab,

Sesungguhnya, mayat yg kau jumpa berpaling dari arah kiblat merupakan manusia yang mencampuri urusan pentadibiran ALLAH ketika hidupnya.

Pemuda itu bertanya lagi,

Apakah yg dimaksudkan dengan mencampuri urusan pentadbiran ALLAH?

Imam Nawawi berkata,

Yg dimaksudkan ialah manusia yg merasakan dirinya ialah punca rezeki kehidupannya dan manusia yg lupa untuk bersyukur dengan kuasa yg ALLAH berikan kepadanya. Dengan kata lain, manusia yg bertuhankan diri sendiri.

Majlis Ilmu patut dihadiri. Seminggu 2 kali pun ok.

5. Berdasarkan cerita tersebut, ia menyentuh isu bertuhankan manusia ataupun diri sendiri. Mungkin ramai yg tidak jelas mengenai maksud tersebut. (Bila sebut tuhan manusia, teringat kisah Firaun)

6. Contoh realiti, manusia yang mempertikaikan rezeki yg mereka memperoleh dengan mengatakan usaha mereka lah punca rezeki bukan ALLAH.

Misalnya,

Leman: Malik, jomla kita pergi surau solat jemaah.

Malik: Aduh bro. Tak boleh la. Ade kerja nak buat. Kalau aku tak kerja sapa yg nak bg makan anak bini aku.

Leman: Alah, sekajap lagi buat la. Tak lama pun.

Malik: Solat kt rumah pun boleh. Tak de beze nye.

7. Ini contoh yg dimaksudkan oleh Imam Nawawi (penulis terlupa gila nama ustaz yg terangkan). Kita lebih mementingkan kerjaya, kerja dan kehidupan manusia daripada ALLAH. (dush dush dush insaf)

8. Contoh lain sangat banyak seperti kerajaan yg tidak mahu turun-turun dengan menggunakan rasuah dan macam2 lagi untuk mengekalkan pemerintahan walaupun rakyat sudah tidak ada kepercayaan kepada mereka. (ehemm ehemm penulis hanya mampu berdehem )

9. Secara rumusannya, manusia yg bertuhankan diri sendiri ialah manusia yg tidak mempunyai sifat pergantungan dirinya kepada ALLAH dalam kehidupannya. Maka, kawan-kawan jangan kita lupa kepada ALLAH tidak kira waktu senang waktu susah.

ALLAH hanya mahu menguji hamba-hambaNya

p/s:

  • Penulis memperoleh keputusan International Baccalaureate exam yg kurang baik. Sabar. Allah sebaik-baik perancang. 🙂
  • Penggunaan nama Leman dan Malik tersebut hanya sebagai contoh.
  • Ilmu ini diperoleh dari Kuliah Masjid At-Taqwa, Pulau Pinang oleh seorang ustaz. Terlupa nama. Maaf. 
Advertisements

4 thoughts on “Jangan bertuhankan Diri Sendiri

  1. baguih la ko ni….ak rse mmg ko patut jadi ustaz kat kmb 2….korea amacam? dh slow dh ke…hahah…All in all…Alhamdulillah…. 🙂

  2. cerite yg menarik dan berguna, teruskan usaha! nanti tulisla buku! die biase lepas kite da banyak mendengar cerita atau kisah2 lame, akan ade juge bende yg kte sendiri nak tulis. good luck jiz!

  3. ajiz ke penulis nyer. saya ingatkan ustaz mane tadi. jazakallah khair kathira untuk tazkirah ini. moga terus tsabat. ikhlaskan niat. 🙂

Ulasan daripada Pembaca

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s