Kalimah ALLAH

Entri kali (baru siap post td, terus buat post baru, blog baru hehehe) ini mengupas mengenai Kalimah ALLAH.

Kalimah ALLAH yg Mulia

  • Kalimah Allah mempunyai sabdu ataupun dalam bahasa arab, “shaddah“. (waktu sekolah arab petang dulu, selalu belajar tajwid dan sesambil makan ais pop)
  • Ada sebab kalimah ALLAH mempunyai sabdu. Jika menurut Balaghah (gaya bahasa) Bahasa Arab, sabdu atau shaddah berfungsi sebagai penekanan atau pergantungan pada huruf tersebut.
  • Huruf tersebat hendaklah ditekan sedikit bukan memanjangkan bacaan tersebut. Contohnya, sebutan ALLAH yg betul ialah ( Auuu…….uuaaaaaaaaaah) dan bukannya (Auuuaaaaaaaaaaah). Ada perbezaan sebenarnya.
  • Ditengah-tengah sebutan itu seolah-olah ditekan sedikit untuk menunjukkan adanya sabdu tersebut.
  • Sebutan kalimah ALLAH sangat penting. Terdapat beberapa ulama fiqh (sesetengah pendapat), ketika takbiratulihram, jika sebutan ALLAH tidak ditekan pada huruf sabdunya itu, boleh dijatuhkan sebagai tidak sah solat.
  • Kalau terdapat kemusykilan dengan cara sebutan, belajarlah dengan ustaz-ustaz Al-Quran supaya lebih faham dan fasih dalam membaca Al-Quran. (Ustaz Zamri dalam Adik & Al-Quran tv9 sudah tidak disiarkan? Kenapa? Bersih 2.0?)
  • Walaubagaimanapun, kalimah ALLAH ini jelas menunjukkan bahawa pergantungan kita kepada ALLAH dalam kehidupan kita perlu dititikberatkan. Betapa terperincinya kalimah ALLAH ini supaya kita sedar dan bertakwa kepadaNya.
  • Jangan kita bongkak dengan rezeki ALLAH hingga hilang rasa pergantungan kita kepada ALLAH.
  • Masa susah, baru kita tergapai-gapai memohon kepada ALLAH TETAPI bila sudah senang, hilang terus kita daripada tali ALLAH.
  • Ingatlah, ALLAH mampu untuk menarik rezeki yg kita peroleh bila-bila masa.:)

p/s:

*Entri ini sudah di-post tetapi entah kenapa terdapat part hilang dan terpaksa ditaip semula.

*Penulis harapkan rakan-rakan teruskan memohon kepada ALLAH dan jangan dekat waktu nak Exam, baru nak tunjuk muka kat ALLAH. Malu skit dengan perangai camtu.

Advertisements