Khutbah Rasulullah SAW Pada Akhir Bulan Syaaban

Amalan berbuka puasa secara beramai-ramai di bulan Ramadhan

Wahai sekalian manusia kini muncul kepadamu satu bulan yang besar dan mulia,

* Bulan yang teramat berkat.

* Bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih tinggi nilainya dari pada seribu bulan (Lailatul Qadar).

* Inilah bulan di mana Allah menfardhukan ke atasmu berpuasa di siang hari.

* Menjadikan solat malam sebagai sunnah di malam hari (solat Tarawih).

* Sesiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah melalui amalan sunnah di bulan Ramadan maka akan dibalas dengan ganjaran pahala seolah-olah melaksanakan amalan fardhu di bulan lain.

* Dan barangsiapa melakukan satu amalan fardhu maka akan dibalas dengan 70 kali  amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu.

* Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan

* Kesabaran yang sejati tiada lain balasannya kecuali syurga,

* Inilah bulan simpati terhadap sesama manusia

* Di bulan inilah rezeki orang- orang beriman ditambah,

* Barangsiapa yang memberi makanan untuk berbuka puasa pada orang yang berpuasa maka balasannya ialah;

  1. Dibalas dengan keampunan dari dosanya
  2. Dibebaskan dari api neraka
  3. Memperoleh ganjaran yang sama seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa.

Setelah selesai Rasulullah berkhutbah maka para sahabat bertanya termasuk juga Salman Al-Farisi : “Ya Rasulullah tidak kesemua dari kami ni dapat memberikan kepada orang berpuasa untuk berbuka?”

Maka Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud : “Allah akan mengurniakan pahala kepada orang yang memberi walaupun;

  1. Hanya sebiji kurma
  2. Seteguk air
  3. Sehirup susu untuk orang yang berbuka puasa

* Inilah bulan yang pada Awalnya Allah menurunkan rahmat,

* Di Pertengahannya Allah menurunkan pengampunan (maghfirah) dan

* Di Akhirnya Allah membebaskan hambaNya dari api neraka.

(Hadis Riwayat Salman al-Farisi )

  • Khutbah ini diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi dan sahih.
  • Tidakkah kita mahu mengambil peluang yang ALLAH tawarkan dalam bulan Ramadhan? Tolong lah kawan-kawan, rebutlah peluang ini. (Penulis menyesal dengan 2 Ramadhan yg lepas. Banyak peluang yg tidak digunakan. Insaf)

Rasulullah SAW bersabda kepada Sayidina Ali k.wj. yang bermaksud :
“Wahai Ali ! Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan menjauhi (perbuatan) haram dan perbualan kosong, maka Allah Maha Pengasih akan meredainya dan mewajibkannya masuk kedalam syurga.”

Kewajipan puasa dalam bulan Ramadhan

Berpuasa di bulan Ramadan adalah merupakan peluang keemasan bagi setiap muslim untuk meningkatkan ketakwaaan diri , menambah rasa kesyukuran atas setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan peluang untuk mendapat keampunan daripadaNya.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab ayat 35)

Dari Abu Ummah r.a. beliau berkata : Saya berkata, “Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku  untuk melakukan suatu perbuatan”. Baginda bersabda : ‘Kerjakanlah puasa kerana tidak ada amalan yang setanding dengannya’. Saya berkata : ‘Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku untuk melakukan suatu perbuatan’. Baginda bersabda : ‘Kerjakan puasa kerana tiada amalan yang setanding dengannya‘. Saya berkata : ‘Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku suatu perbuatan’. Baginda bersabda : ‘Kerjakan puasa kerana tiada suatu amalan pun yang dapat menyamainya’.” (Hadis Riwayat An-Nasai dan Ibnu Khusaimah)

Dari Abu Sa’id r.a., beliau berkata : Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari dimana dia berada di jalan Allah kecuali dengan berpuasa sehari itu Allah akan menjauhkan dirinya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh musim.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari, At-Tarmidzi dan An-Nasai)

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT :

“Ya Allah terimalah ibadah puasa kami, solat wajib dan sunat kami, solat tarawih kami , qiyamullail kami, sedekah kami,  iktikaf kami serta tadarrus kami dibulanMu yang mulia ini.”“Ya Allah pertemukanlah kami ‘malam lailatul qadar’ malam yang penuh berkat dan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan”“Ya Allah, terimalah semua ibadah-ibadah kami, taqarrub atau usaha kami mendekatkan hati dan diri kami kepadaMu dan jadikanlah kami semua orang orang yang muttaqin dan di beri pengampunanMu.”

“Ya Allah berikanlah kepada kami rahmat-Mu, keampunan-Mu dan pembebasan daripada seksaan api neraka dan terimalah doa dan amalan kami. Tidak ada siapa yang dapat mengkabulkan doa kami melainkan Engkau, wahai Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”

p/s:
Advertisements

2 thoughts on “Khutbah Rasulullah SAW Pada Akhir Bulan Syaaban

Ulasan daripada Pembaca

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s