2 kali ALLAH bagi aku peluang tetapi aku GAGAL…

1. Entri kali ini (walaupun satu hari sampai 4 entri, tetap “kali ini” juga, semangat blog baru hehe ) mahu menceritakan serba sedikit pengalaman penulis mengenai 2 kali peluang yang telah ALLAH berikan tetapi GAGAL melaksanakan sebaik-baiknya.

2. Apa peluang yg dimaksudkan? Ramadhan. Ramadhan. Ramadhan.

3. Pengalaman Ramadhan yg lepas adalah suatu perkara yg menjadi penyesalan kepada penulis. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

4. Qiamulail, solat sunat, sedekah dsb. AMALAN-AMALAN inilah yg penulis LUPA. LUPA. LUPA lakukan dalam bulan RAMADHAN yg lepas. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Bukankah penulis adalah seorang yang baik dan alim? (ceh! Soalan skema. Engkau yg perasan alim baik.)

5. Keinginan hendak dapatkan Lailatul Qadar itu ada, tetapi hanya angan-angan Pak Pandir. Hendak kurangkan MENGUMPAT, tetapi lebih teruk lagi. JAHIL. JAHIL. JAHIL.

Cukuplah setakat 2 Ramadhan aku sia-siakan

6. Di hujung minggu dalam RAMADHAN, penulis menghabiskan masa bersama nafsu untuk bermain dan layan movie. Penulis habiskan masa sampai ke SUBUH bersama rakan-rakan bermain permainan komputer (segan nk sebut game ape). APA YG AKU DAPAT? APA YG AKU DAPAT? APA YG AKU DAPAT?

“Sesungguhnya terdapat 3 orang yg paling celaka di sisi ALLAH; Orang yg tidak mahu mengambil peluang untuk bertaubat kepada ALLAH apabila tibanya RAMADHAN, orang yg apabila menyebut nama Muhammad, tidak berselawat kepada Muhammad dan orang yg tidak pernah berbuat baik kepada ibu bapa.” -mafhum Hadis-

7. Nah, sudah berapa kali kecelakaan yg ALLAH lemparkan? Sedar? Tidak Sedar? Sedar? Tidak Sedar?

MAKA,

Sahabat-sahabat, rakan-rakan, saudara-saudari, pemuda-pemudi dan muslimin muslimat

Sementara ALLAH masih lagi memberi kita peluang RAMADHAN,

Sementara ALLAH memanjangkan umur sehingga bertemu RAMADHAN.

Sementara ALLAH menganugerahkan kesihatan yg baik ketika bertemu RAMADHAN,

Sementara ALLAH membenarkan kamu bertemu RAMADHAN,

REBUTLAH serebut-rebutnya peluang yg ALLAH berikan dalam RAMADHAN,

Kerana kita TIDAK TAHU sama ada kita akan temui atau tidak RAMADHAN yg akan datang,

SEMOGA pengalaman penulis ini dapat menyemarakkan lagi semangat untuk ke RAMADHAN

TOLONG RAKAN-RAKAN, sudah-sudahlah dengan hiburan dunia yg melampau.

Sudah-sudahlah. Sudah-sudahla. Sudah-sudahlah.

JADIKAN RAMADHAN KALI INI YG TERBAIK πŸ™‚

Dalam Ramadhan, Allah akan buka pintu langit seluas-luasnya untuk hamba-hambaNya memohon keampunan dari ALLAH

p/s:

  • Harap perkongsian yg sedikit ini mampu memberi kesedaran RAMADHAN. Penulis sudahpun terkena. Sesal tak sudah
  • Bersihkan hati dan keep RE-New Azam Ramadhan tiap-tiap hari. Insyaallah.
  • Penulis sudah lama tak makan popia basah dan murtabak. Hahaha πŸ˜‰
  • Penulis telah menggunakan gaya bahasa repitisi dengan menunjukkan penegasan yg sangat2 dan gila2.
  • Sekali lagi dikemas kini (31/7). Terdapat beberapa typo.
Advertisements

2 thoughts on “2 kali ALLAH bagi aku peluang tetapi aku GAGAL…

Ulasan daripada Pembaca

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s