Separuh masa sudah berlalu…

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmaninirrahim,

Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Sudah lama tidak meng-update blog ini. (ayat cliche). Penulis rasakan lebih kurang 5 hari atau lebih. Jangka masa 15 hari Ramadhan yg akhir ini sememangnya tidak dijangka oleh penulis. 15 hari ini bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yg tidak dijangka. Siapa sangka ALLAH mampu memberi rezeki yg kita inginkan selama ini sekelip mata sahaja. Selama ini, keluhan dan ketidak puasan hati sering terungkap di hati mengenai pengurusan pihak atasan dalam menguruskan pengajian perubatan penulis di IMU (International Medical University). Semua keluhan itu terjawab  dengan satu panggilan telefon sahaja.

Cukup. Maka BENARlah kata ALLAH.

Pohonlah dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku makbulkan

Apa yg kita sangka buruk, itulah yg lebih baik kepada kita. Apa yg kita sangka baik, itulah perkara yg buruk bagi kita.

Inilah pengajaran yg penulis peroleh dalam pertengahan Ramadhan kali ini. Nasihat penulis kepada pembaca, SENTIASA BERPRASANGKA BAIK DENGAN ALLAH.

1. Pada hujung minggu yg lepas, Alhamdullillah, penulis memperoleh satu pengalaman yg baru ketika menjadi fasilitator kem Remaja dan Ramadhan anjuran KRIM Pulau Pinang dan Masjid At-Taqwa Kepala Batas.

Kem Remaja & Ramadhan 2011

2. Sebuah pengalaman pertama yg berharga apabila diberi peluang untuk bersama adik-adik (umur 13-17 tahun) yg sangat ceria walaupun pada mulanya sangat-sangat awkward.

3. Menjadi fasilitator bukan satu perkara yg mudah, kita perlukan satu soft skill yg bijak untuk menarik minat mereka. Terima kasih kepada Hatim Ahmad yg menolong penulis menjaga satu kumpulan.

Post kali ini tersangatlah umum kerana ia hanya ringkasan kerana penulis sangat sibuk 2 minggu ini dimana 17hb akan ada interview dan 22hb (jika dapat offer) sudah akan masuk ke Uni. Insyaallah akan disambung semula jika ALLAH memberi masa yg lapang.

Tabahkan hatiku, Ya ALLAH

Terima kasih. Assalamualaikum.

p/s:

  • Terima kasih kepada pengunjung yg datang. Kebanyakannya semua datang dari hasil result search Google. Terima kasih. Teruskan mencari ilmu dan berkongsilah dengan saya.
  • Doakan kepada penulis supaya ALLAH permudahkan urusan pada esok hari.
  • Semangat perang BADAR akn mengiringi penulis, InsyaALLAH.

Bagaimana momentum Ramadhan anda sekarang?

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH yg maha Pemurah lagi maha Mengasihani,

1. Bertemu kembali kita dalam alam maya (blog)  ini setelah penulis menyepi buat seketika. Selama 4 hari (lebih kurang) penulis tidak menghabiskan masa untuk menulis dalam blog ini kerana menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yg mencelarukan minda.

2. Itulah dikatakan bulan Ramadhan Kareem. Bukan hanya dugaan lapar dan dahaga, tetapi cabaran diri sendiri dan masyarakat itu sering menanti peluang untuk kita tempuhi.

3. Alhamdulillah, ALLAH memberi sedikit kelapangan fikiran untuk menulis blog ini untuk seketika. Sekali lagi, terima kasih kepada pengunjung yg tidak henti-henti ziarah blog ini walaupun statistik ada menujukkan semakin berkurang pengunjung yg datang.

4. Walaubagaimanapun, cara dakwah yg alternatif ini tidak akan terhenti di sini. InsyaAllah penulis akan terus cuba sedaya upaya untuk berkongsi ilmu-ilmu yg bermanfaat kepada pembaca dan masyarakat.

5. Secara benar penulis katakan, momentum Ramadhan penulis bersifat “fluctuate”. Sekejap semangat, sekejap tidak. Rasanya, pembaca di luar sana pun turut begitu kan? Tambah-tambah pembaca yg sedang belajar, bekerja dan sibuk dengan aktiviti luar.

IKHLAS itu Ruh Ibadah

6. Benarlah kata ALLAH di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yg menceritakan mengenai kewajipan puasa yg maqasidnya itu ialah untuk menjadi orang yg bertaqwa. Taqwa? Rupa-rupanya sukar untuk kita capai TAQWA itu.

7. Ia perlukan ISTIQAMAH dan IKHLAS. Bukan setakat perlu kedua-dua aspek ini sahaja, ia perlu difahami dan dihayati setiap saat kita hidup di muka bumi ALLAH.

8. Penulis tertarik dengan tazkirah seorang sahabat sekelas (beliau mendapatkan ilmu ini dari seorang rakan beliau dan diceritakan semula kepada penulis) yg mengatakan takwa itu ialah:

Takwa itu seperti melalui jalan berduri, kita akan berhati-hati semasa melaluinya. Kita akan melalui kehidupan ini dengan berhati-hati, apa yang tidak disukai Allah akan kita tinggalkan, bukan sahaja tinggalkan, malah elakkan. Keadaan seorang yg bertakwa ialah Allah sentiasa d hatinya, kerana dia sentiasa memikirkan apakah yang dilakukannya itu disenangi atau tidak oleh Allah…

9. Berdasarkan definisi takwa di atas jelas menunjukkan, betapa kuatnya iman kita untuk memiliki TAQWA itu. Itu bukan perkara yg mudah. Walaubagaimanapun, tempoh 30 hari dalam bulan RAMADHAN ini ialah satu tempoh yg munasabah untuk kita peroleh TAQWA. Inilah Ijazah yg ALLAH tawarkan. Tetapi, adakah kita mengambil peluang tersebut?

10. Sedar atau tidak sedar, sudah 10 hari kita lalui RAMADHAN ini. Jika kita menganalisis semula kata-kata Rasulluah mengenai bulan Ramadhan iaitu;

di awalnya itu RAHMAT, pertengahannya itu KEAMPUNAN, dan di akhirnya ialah TERHINDAR DARI SEKSA NERAKA.

(mafhum Hadis)

11. Berdasarkan mafhum hadis ini jelas, fasa RAHMAT sudah pun hampir ke penghujungnya. Persoalannya, adakah kita sudah berada di bawah satu fasa lembayung RAHMAT Allah?

12. Penulis gunakan analogi fasa-fasa ini dengan pengajian perubatan. Fasa pertama ialah non-clinical, kedua ialah clinical dan ketiga ialah “work as a doctor” or “practical”. Oleh itu, bagaimanakah persiapan “non-clinical” kita? Jika tidak ada persiapan ini, hancurlah fasa kedua nanti, “clinical”. Apatah lagi fasa ketiga. Bahkan harapan untuk memperoleh bonus gaji “work as a doctor” pun tiada iaitu Lailatul Qadar.

13. Oleh itu, di mana tahap kita sekarang? Marilah kita muhasabah diri semula. Setakat mana erti Ramadhan terhadap kita. Adakah ia hanya pengalaman lapar dah dahaga ataupun pengalaman menuju redha ALLAH? Adakah hanya untuk menyihatkan badan fizikal ataupun menyuburkan hati rohani?

14. Sepanjang 4 hari yang lepas, penulis memang terpaksa menghadapi rintangan yg sedikit sebanyak menjejaskan fokus Ijazah TAQWA. Bukan penulis ingin katakan diri penulis tersangat bagus, tetapi ingin katakan bahawa setiap manusia itu mudah lupa dengan matlamat asal walaupun bersemangat tinggi sekali pun.

15. Pelbagai masalah dan dugaan yg terpaksa dihadapi dengan perit. Tetapi itu tidak menjadi satu penghalang untuk kita terus bersabar dan bersabar dengan ketentuan ALLAH. Semoga ALLAH merahmati kita semua.

16. Sebelum penulis tamatkan entri ini, penulis teringat satu tazkirah oleh Ustaz Zawawi di Kuliah Maghrib bulan lepas di Masjid At-Taqwa. Beliau mengibaratkan hati IMAN ini akan lalui 3 jenis jalan untuk bertemu dengan ALLAH. Iaitu, syar’i (jalan-jalan kampung), toriq (jalan raya) dan Sirott (highway).

17. Syar’i ialah jalan-jalan yg berliku-liku dan banyak cabangnya. Jalan ini tersangat mudah untuk kita hilang arah dari tujuan asal; bertemu ALLAH.

18. Toriq ialah jalan yg lebih besar dan selesa tetapi kebarangkalian tersalah jalan jika lalai dan alpa dengan keselesaan.

19. Siirot ialah jalan yg paling besar, selesa, lurus, tenang dan terus “direct” bertemu ALLAH walaupun di sekelilingnya itu dipenuhi dengan kehendak nafsu tetapi diendahkan kerana matlamat bertemu ALLAH ialah matlamat tertinggi.

Ya ALLAh, Tunjukkan lah daku jalan yg Lurus

20. Ketiga-tiga kalimah ini mempunyai makna yg sama tetapi tahap yg berbeza dalam lughah Bahasa Arab. Tahap yg tertinggi ialah Siirot di mana ALLAH menggunakan kalimah ini di dalam Surah Al-Fatihah;

Surah al-Fatihah, ayat ke-7

21. Renung-renungkanlah dan carilah di mana tahap IMAN kita. Berbalik kepada maudhu’ asal, pastikan momentum Ramadhan kita terus berada di tahap constant atau increasing. Jangan kita sama sekali decreasing kelak kita kan rugi. Tersangat rugi.

22. Matlamat Taqwa itu ialah keputusan yg kita akan peroleh di satu Syawal kelak. InsyaAllah.

p/s:

  • Insyaallah, Kem Remaja & Ramadhan akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Pulau Pinang. Sesiapa yg berminat terutamanya penduduk Pulau Pinang, pakat2 mai la  mendaftar di sini. InsyaALLAH penulis sudah dilantik menjadi fasilitator di sana. Mari sama-sama kita raikan. Terima Kasih kepada Hatim Ahmad yg sudi menolong.