Hamba ALLAH vs Hamba Ramadhan part 2

Bismillahirrahmanirrahim
1. Wah, 100 lebih hits blog penulis ditembusi, terima kasih kepada kawan-kawan yg sanggup baca blog penulis (walaupun terpaksa. Ceh). Apa-apa pun, niat penulis hanya ingin berkongsi ilmu. Bila lagi nak kongsi ilmu kalau bukan masa sekarang. Takkan nak tunggu masuk Uni baru nak sampaikan. Takut terlupa habis ilmu-ilmu ini. Blog ini salah satu cara untuk penulis menyimpan tazkirah-tazkirah. Insyaallah.

2. Insyaallah, entri kali ini akan menyambung semula post yg lepas mengenai forum “Menjelang Ramadhan”. Sebelum terlupa, penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Insyaallah di bulan ini, amal ibadah harus sama-sama dipertingkatkan.

Salam Ramadhan

3. Bagaimana hari pertama berpuasa? Mesti terasa berat sedikit kan. Berat sebab makan nasi 2 pinggan masa sahur. Heh Heh Heh (aku la tu).

4. Ok, entri kali ini akan mengupas/membicarakan isi-isi yg diperbincangkan oleh Ustazah Mardziah Zakaria. (Sebenarnya, isi-isi Ustaz Khairul Anwar banyak tapi sbb datang lewat. So, tak sempat nak catit. Maaf ya)

Ustazah Mardziah Zakaria.

1. Apabila menjelang Ramadhan, persiapan menghadapinya perlu rapi kerana kita mahu ALLAH memandang kita. Memandang keikhlasan kita. Memandang ibadah kita. Memandang kebajikan kita.

“Ya ALLAH, pandanglah kami, hambaMu yg lemah ini”

2. Persediaan ini perlu kerana takut-takut ALLAH tak pandang kita. 30 hari Ramadhan berlalu dengan sia-sia. 30 hari Ramadhan hanya memperoleh penat lapar dan dahaga.

3. Apa persediaan yg dimaksudkan? Apa? Hati yg murni, bersih, ikhlas dan suci. Persediaan untuk menerima Ramadhan dengan gembira. Kerana ALLAH suruh kita minta, berdoa kepadaNya. Allah hendak (nak sgt2) dengar suara hamba hambaNya yg ikhlas meminta-minta kepada ALLAH.

Surah Al-Mukmin, (penulis lupa ayat ke berapa, maaf,)

Maksud: “Dan tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu”. Sesungguhnya orang-orang yg sombong tidak mahu menyembah Ku akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan yg tersangat hina”.

Kata-kata Ustazah:

“Toksah dok kalut ngn benda lain. Satgi nak bukak posa, nak makan apa. Dan ka nak masak ni. Toksah dok pikiaq sangat bab tu. Pikiaq la pasai ibadah kita. Cukup ka ibadah. 30 hari tu sat ja. Takot2 berlalu camtu, apa pun tak dapat”

4. Dalam bulan Ramadhan ini, kuatkan hati untuk terus-menerus bergantung kepada ALLAH. TERUS MENERUS. Supaya hati kita tenang bila menghadapi ujian ALLAH. Kerana Ramadhan merupakan madrasah ujian KESABARAN.

5. Ustazah telah menggariskan 4 perkara-perkara yg kita harus lakukan dalam bulan RAMADHAN.

  • Jaga solat fardhu. Pastikan Solat di awal waktu dan sentiasa berjemaah. Pasti pahala yg ALLAH berikan berlipat kali ganda.
  • Tilawatul Quran. Banyakkan membaca Al-Quran. Tadarus dan Tadabur. Baca dan faham AL-Quran. Bila lagi kita nak faham AL-Quran? Takkan nak tunggu kita tua.
  • Perbanyakkan zikir. Zikir sebagai tanda kita mengingati ALLAH. Kalau malas sebut sangat, zikirlah dalam hati.
  • Fikir. (Penulis lupa huraian Ustazah) Tetapi kalau dilihat secara logiknya, bulan Ramadhan merupakan satu bulan yg kita sentiasa berfikir dengan kekuasaan ALLAH. Inilah salah satu cara kita untuk muhasabah diri. (pendapat penulis).

5. Harap kita sedar kepentingan Ramadhan dalam diri kita. Kita ni, bukanlah banyak sangat amalan bekalan di akhirat kelak.

6. Ramadhan lah satu-satu jangka masa yg ALLAH berikan untuk kita tambah pahala dan bekalan di sana kelak. 30 hari ini sudah cukup untuk kita berubah jadi lebih baik.

7. Dalam tawaran-tawaran ALLAH yg banyak ni, ada satu tawaran bonus yg tersangat tinggi nilainyta iaitu MALAM AL-QADAR @ LAILATUL QADAR. Rebut lah peluang ini.

Malam yg direbut-rebut oleh orang yg bertaqwa kepada ALLAH

p/s:

  • Rupa-rupanya susah juga nak tarik pembaca untuk membaca ilmu-ilmu. (kadang-kadang cepat bosan. Betul x?)
  • Penulis cuba mencari jalan yg terbaik dalam menyampaikan ilmu-ilmu ini. Jika ada kegagalan dalam penyampaian, harap dimaafkan. 😉
  • Kalau ada apa-apa idea, boleh lah komen ye.
Advertisements

Ulasan daripada Pembaca

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s