Puasa Mu Untuk Aku

Tazkirah Ramadhan

“Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadhan sebagai bulan ruhiyah (kerohanian), kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah (politik)
bagi menggembleng seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada AL-QURAN yg diturunkan pada bulan ini di samping teguh kepada SUNNAH Rasul-Nya.”

-Tuan Guru Abdul Hadi Awang-

Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Bismillahirrahmanirrahim

1. Rasanya semalam penulis tidak menge-post (???) apa-apa entri semalam kerana ada masalah teknikal yg boleh dielakkan cuma tidak tahu cara nak elak.

2. Terima kasih bulu biri-biri (ke daun keladi?) kepada pembaca-pembaca blog ini terutamanya pembaca-pembaca yg sudi memberi komen, nasihat dan semangat kepada penulis. Semoga pembacaan anda diterima oleh ALLAH sebagai satu ibadah mencari ilmu. (tambah-tambah Bulan Ramadhan pulak ni. ALHAMDULILLAH. Pahala digandakan).

3. Insyaallah, perkongsian ilmu kali ini akan membincangkan mengenai Ramadhan dan isi-isinya. Walaupun lebih kurang 4 entri dalam blog ini menceritakan kelebihan Ramadhan, rasanya lebih baik kita sekali lagi menambah ilmu mengenai Ramadhan untuk kita mengekalkan momentum semangat beribadah dalam bulan RAMADHAN. Kita tidak mahu peluang yg ALLAH bagi dalam bulan Ramadhan hanya setakat awal-awal bulan sahaja. Rugi. Tersangat rugi.

Syaitan pun ada cuti. APA lagi, rebutlah peluang ALLAH bagi!

4. Momentum semangat ini penting untuk terus menerus mendidik jiwa kita menjadi seorang yg bertakwa (ini MATLAMAT PUASA DALAM BULAN RAMADHAN 2:183). Semoga semangat ini tidak terhenti di bulan ini sahaja dan berterusan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

5.Penulis suka memulakan perbincangan kali ini dengan hadis Qudsi yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,

“Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulluah s.a.w bersabda yg bermaksud” ALLAH berfirman; Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yg memberi ganjarannya,”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis Qudsi ini, Imam Nawawi banyak mengupas hadis ini dalam syarahannya, di mana Imam Nawawi membuat satu persoalan, “Kenapa ALLAH mengatakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan hanya untukNya, bukankah ibadah-ibadah lain juga (solat,tutup aurat dsb) hanya untuk ALLAH?”

6. Puasa merupakan satu-satunya ibadah yg menjadi satu indikator keimanan kita kepada ALLAH. Manusia lain tidak akan tahu nilai puasa kita melainkan ALLAH dan diri kita sahaja.

7. Bagi ibadah-ibadah yang lain, kemungkinan kita melaksanakan sesuatu ibadah itu hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain, ataupun hanya untuk riak, ataupun hanya untuk mengambil hati orang lain dan sebagainya. Itulah yg dimaksudkan pada ayat pertama dalam Hadis Qudsi ini.

8. Tetapi jika dilihat pada ibadah puasa, kalaulah kita makan dan minum di siang hari dalam bulan Ramadhan dan tidak mengendahkan suruhan ALLAH, manusia lain tidak dapat tahu sama ada kita puasa atau tidak (boleh berpura-pura puasa depan orang) kecuali ALLAH sahaja yg mengetahui perlakuan kita dalam ibadah puasa.
Nampak tak perbezaannya?

9. Di sinilah yg menjadikan puasa itu sebagai satu indikator iman dan taqwa kita kepada ALLAH. Sejauh manakah keikhlasan kita dalam melaksanakan ibadah kepadaNya.

10. Kalau nak bincang isu realiti di MALAYSIA, cukup-cukup sedih. Ada segolongan orang ISLAM di Malaysia yg sanggup tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan. Bahkan, sampai satu keluarga tak puasa. Sungguh memalukan. Kita mengaku diri kita ISLAM, tetapi…… (sambung sendiri)

11. Mengikut Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (ini statistik orang penang ja noh, sorry la orang negeri laen), Butterwoth merupakan daerah yg paling ramai tidak puasa dalam bulan Ramadhan. Malu la anak mami oiii (dush dush kena batang hidung sendiri). Walaupun ini hanya satu daerah sahaja, ini membuktikan bahawa MEMANG ADA orang yg sengaja meninggalkan puasa tanpa uzur. (sumber stats: Ustaz Tarmizi Syamsul Arif)

12. Macam mana ni, saudara-saudari? Kita nak berdiam diri sahaja kah? Ataupun nak terus belajar tinggi-tinggi sampai kita jadi MANUSIA YANG PALING TERKAYA DI DUNIA. Itukah tanggungjawab kita? Bukan. Bukan. Bukan.

13. Berbalik kepada maudhu’ (tajuk) Ramadhan (maaf, melencong seketika), marilah kita renung kembali kualiti ibadah puasa kita yg lepas? Sudah 4 hari yg lepas kita berpuasa, mari kita muhasabah kembali sama ada puasa kita itu diantara yg terbaik atapun tidak (Agak-agak ALLAH terima ke tak?). Muhasabah ini sangat2 perlu untuk memantopkan lagi puasa yg akan datang (ada 25 hari lg balance).

14. Penulis tertarik dengan tagline Ketua editor Majalah Solusi(isu 34), Pahrol Mohamad Juoi iaitu “Sekiranya ini Ramadhan terakhir, layakkah kita berhari raya?”. Hari raya ialah hari kemenangan bg umat ISLAM (bukannya hari untuk bersuka-suka, makan-makan dan campur gaul laki perempuan tanpa batasan. Ini definisi hari raya artis-artis Malaysia yg dididik oleh pemerintah selama 54 tahun. Bagi penulis, sungguh memalukan dan malaon).

Ikhlas ialah ruh Ibadah

15. Kemenangan? Kemenangan apa? Bukannya kita pergi perang pun. Ataupun menang sebab dapt makan minum seperti biasa. Bukan. Apa yg dimaksudkan ialah kemenangan umat ISLAM berjaya melawan nafsu dan yg lebih penting, peluang untuk DOSA-DOSA yg lepas diampunkan oleh ALLAH digunakan sebaik mungkin.Inilah kemenangan. Kemenangan yg diraikan dengan tasbih dan tahmid memuji-muji ALLAH.(bukannya memuji-muji filem yg akan ditayangkan pada raya pertama, kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Siapa yg didik? Media MALAYSIA yg kita sayangi)

16. Oleh itu, mari kita renung kembali. Layakkah kita meraikan hari kemenangan tetapi masih dipenuhi dengan dosa-dosa yang lepas? Fikir-fikirkan. Masih ada peluang untuk kitaberubah. Insyaallah. Wallahua’lam.

p/s:

  • Semoga penulis dan kita semua beramal dengan ilmu yg kita peroleh. Jangan hanya cakap saja. Ilmu tanpa amal ialah tiada guna dan sia-sia. Amal tanpa ilmu ialah jahil.
  • Selamat berbuka puasa.
Advertisements

Ulasan daripada Pembaca

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s