Riwayat seorang doktor pakar kanak-kanak yg syahid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sungguh kagum dengan perjuangan seorang pediatrik, (impian saya. Yeaayyy!!) yg langsung tidak gentar dengan ancaman bom dan darahnya ketika mempertahankan tanah air yg dicintai, PALESTIN dan agamanya yg disanjung, ISLAM. Siapakab gerangan beliau? Siapakah? Beliaulah…

Asy-syahid Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi

Saya tak mahu ulas panjang, kerana ulasan yg panjang tidak akan mampu menggambarkan pengorbanan beliau dalam menfikrahkan ISLAM dalam setiap hati masyarakat. Chiilll!! Saya ambil daripada beberapa blog yg menceritakan riwayat beliau. Credit to sahabat2 blog. Semoga ilmu yg disebarkan ini mampu menyemarakkan semangat ISLAM dalam diri dan ALLAH meberkati usaha kita ini. InsyaALLAH.

Source: MyMindnMySoul

Biodata diri:

  • Nama:  Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz ar-Rantisi
  • D.O.B :  23 Oktober 1947
  • Keluarganya berhijrah ke Ghazza semasa peperangan sekitar tahun 1948
  • Kedhaifan hidup di Kem Pelarian di Khan Yunus “kais pagi makan pagi..pastu sambung sendiri” tidak menghalang beliau menjadi pelajar cemerlang.
  • Beliau melanjutkan pelajaran di Univerisiti Iskandariah dalam bidang perubatan.
  • Di Mesir bukan sekadar ilmu perubatan tapi beliau telah mendapat pendedahan secara langsung gerakan Ikhwanul Muslimin
  • Beliau balik bekerja di Ghazza, Hospital Nasir
  • Abdul Aziz Rantisi faham bahawa Islam adalah jawapan kepada segala permasalahan di dunia bukanlah idea Sekularisme atau Arabisme.
  • Bersama2 As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pada tahun 1987 Gerakan Hamas ditubuhkan. Mereka menyeru kepada perjuangan berasaskan Al-Quran dan Sunnah dan menyeru rakyat Palestin untuk menentang Rejim Israel.

Penahanan beliau:

  • Intifadah Pertama ni berlaku bile sebuah lori besar milik pendatang Yahudi sengaja melanggar 2 buah lori kecil milik rakyat Palestin (4 orang Islam terbunuh, 9 lain tercedera)
  • Api perjuangan membara. Sunnah orang berjuang bukanlah mudah. Dipenjarakan adalah perkara biasa bagi As-Syahid. Tetapi semangatnya tak luntur. Dalam dipenjarakan beliau berjaya menghabiskan hafazan 30 juzuk Al-Quran.
  • Beliau pernah juga dibuang daerah ke pergunungan yang sejuk hanya diberikan khemah tanpa alat pemanas “Fikirkanlah, kenapa agaknya seorang doktor yang mampu hidup mewah memilih jalan yang sukar ni”

Kesyahidan:

  • As-syahid Syeikh Ahmad Yassin gugur syahid pada subuh yang hening 22 Mac 2004 setelah ditembak dari Helikopter Apache.
  • Kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin menjadi aspirasi buat Dr. Abdul Aziz Rantisi menerajui bahtera HAMAS.
  • Jasa mereka dengan izin Allahlah yang menjadikan HAMAS memiliki kekuatan seperti yang kita saksikan hari ini.
  • 17 April 2004 tak lama selepas pemergian As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, Allah telah menakdirkan Rantisi pulang menghadapnya dalam keadaan yang amat mulia juga.

Kata-kata Semangat beliau sebelum syahid:

“Semua kita akan mati, tapi aku memilih ingin mati dalam keadaan yang mulia iaitu SYAHID”

Jihad itu tidak semestinya di atas medan peperangan, tetapi jihad paling dekat ialah jihad melawan nafsu.

Kisah Syahidnya seorang Syuhada, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi (source: MalaysiaHarmoni)

Kita sering tercari-cari siapakah dalam kalangan manusia pada hari ini yang wajar dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah, salah seorang daripada insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2010 ini genaplah enam tahun asy-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isyak, beliau dengan hati penuh harap berkata, “Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu ya Allah. Inilah puncak harapanku…”

Tidak berapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh asy-Syahid. “Ia adalah kematian sama ada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah sama ada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..”

Bukti bahawa asy-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar daripada senyuman yang menguntum di bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah asy-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasul-Nya,

“Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian Asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri asy-Syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah, “Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.”

Sebagaimana juga asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah berasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin sekular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apa pun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.

Ukhuwah sesama sahabat akan menguatkan lagi tali ISLAM

Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang empat minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin. Kini setelah enam tahun kedua-dua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka. Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit daripada kehebatan asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dan asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

“Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia”, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu asy-Syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan daripada almarhumah ibunyalah lahir asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi.

Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah kasih sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan. Lantaran itu tidak seorang pun daripada anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah asy-Syahid dalam perjuangan.

aKelembutan asy-Syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi asy-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya).

Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri daripada kesempitan dunialah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketegasannya dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 orang pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan “Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel?” Jawapan yang diberikan oleh asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. “Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000?”

Hakikatnya, Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mahu mengiktiraf sebuah negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas negara orang lain yang dirompak dan dirampas semahunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan. Kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah sunhanahu wataala,

“…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesama mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”

p/s: Mantap kan?? So apa lagi, doktor2 ISLAM dan sahabat2 yg bertebaran seluruh dunia. Sahutlah cabaran ini bersama2 untuk ISLAM. Jangan merasa cukup dengan apa yg kita ada sekrang selagi ISLAM itu tidak dijunjung sepenuhnya. InsyaAllah. Takbir!! ALLAHUAKBAR 3x

Perhatian; Saya sudah menukar tajuk daripada “hikayat” kepada “riwayat” kerana hikayat ini mcm cite dongengan la. Cerita yg saya sampaikan ini bukn dongengan, ini BENAR! Maaf kerana berlaku kesilapan memilih ayat.

Advertisements