Kata-kata Sang Murabbi

Terdetik dengan SMS dari seorang Naqib yg saya hormati, dengan ini saya ingin sampaikan di sini sebagai tatapan pembaca dan MUNGKIN, kita sama-sama menjadikan ia sebagai pembakar semangat dalam menyampaikan risalah ALLAH.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , sebagai pengganti halaqah hari ini, saya nak kongsi dari surah Abasa, ayat 27 iaitu: 

Maksudnya: Lalu kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian

Ayat ini menjelaskan supaya manusia berfikir tentang pengajaran daripada biji. Biji apa? Biji benih yg terdapat pada buah-buahan. Biji-biji ini sangat kecil dan lemah. Orang ludah biji-biji benih ini dan jadikan sebagai bahan buangan (cth: Buah tembikai dll) dan kalau tanam pun, belum tentu boleh tumbuh sebagai tumbuh-tumbuhan ataupun tidak. Tetapi yang mana boleh hidup (survive), ianya berusaha untuk tumbuh akarnya sendiri membelah tanah yg padat dan tebal semata-mata untuk mencari air sahaja. Kemudian, mereka berjaya tumbuh pucuk yg masih lemah tetapi TETAP tumbuh sampai jadi pokok yang mampu hasilkan buah-buahan. 

Asalnya, sebuah biji benih yang lemah terasing. Siap menjadi bahan buangan lagi tuh. Kiranya, orang dah tak pandang langsung biji benih ni seolah-olah diperlekehkan. Walaupun sifat-sifat ini ada pada biji benih tersebut,  ia tak pernah endah /layan dengan sikap kelemahan dan persepsi orang lain ataupun “kutukan-kutukan biji benih yg lain”. Ianya terus tumbuh tanpa putus asa. Tumbuh dan tumbuh lagi walaupun hampir menemui kegagalan (cth: Musim kemarau). Selemah mana pun biji benih itu rasakan, namun ianya tetap mencari kebolehan tersembunyi untuk tumbuh dan terus menggunakan kelebihannya untuk tumbuh dan hidup.

Inilah contoh biji benih yg dianalogikan dalam tarbiyah kita. Contoh yg ada kaitan antara manusia dan tujuan hidupnya dalam berebut-rebut untuk membuat kebaikan walaupun dia tahu bahawa dirinya lemah  dan tak hiraukan kata-kata manusia yang lain. Terus tumbuh dan menjadi kuat sehingga dapat memberi buah fikiran atau hasil kepada orang lain dalam menyampaikan kebenaran. Itulah kelebihan “fastabiqul khairat” yg menguatkan pertumbuhan dan kematangan seseorang itu. Allah telah mengangkat  martabat biji benih dalam satu surah sedangkan manusia membuang biji-biji benih. Sekarang, adakah kita sedang menandingi kehebatan biji benih yg kecil dan lemah? Yakinlah bahawa kita boleh sebenarnya, bahawa manusia terlalu banyak kelebihan tetapi persoalannya, dimanakah kita salurkan kelebihan tersebut?

Sungguh dalam kata-kata murabbi ini. Semoga ALLAH memberi kemudahan dan kesenangan beliau di Syurga ALLAH kelak. InsyaALLAH.

Jadilah daei yg bersifat "biji-biji benih"

 

Advertisements

Antara 2 Pilihan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini. Hampir usang dibuatnya. Walaubagaimanapun, saya akui memang sukar utk menjadikan diri sebagai penulis blog tetap seperti blog2 dakwah yg hebat2 di luar sana. Mereka mempunyai kesungguhan dan pembahagian masa yg teliti. Selain itu, ide-ide mereka juga mantap2 belaka. Kadangkala, terasa jealous dgn kebolehan mereka menggunakan cereka hidup mereka sebagai sebahagian cerita jalan dakwah mereka.

Bermulanya kisah,

Pelbagai cereka duka lara yg dilalui. Adakalanya gembira, adakalanya sedih, adakalanya susah, adakalanya bahagia. Rupa-rupanya dalam kehidupan yg dipilih ini, adalah sangat sukar.

Pilih? Ait? Pilih? Apa yg aku pilih selama ini? Medik?

Ya, aku telah memilih jalan Dakwah. Jangan tergelak dgn jawapan ini. Ya, benar sebenar2nya bahawa aku memilih jalan ini iaitu Jalan Dakwah. Pada hari aku menjejak di sini, aku bertekad utk memilih jalan ini walaupun aku tahu jalan ini sangat membebankan dan MUNGKIN akan menghalangku utk mencapai cita-cita dan harapan ibu bapa.

Sememangnya, sangkaanku tepat. Sangkaan aku mula membentuk jawapan kepada persoalan yg timbul di minda. Adakalanya, aku terfikir utk kembali ke masa yg lepas untuk menghalang diri ini dari bertekad utk memilih jalan ini. Kenapa ya? Jawapanya, kerana ia tersangat susah dan membebankan yg melibatkan fizikal, mental dan emosi. Tidak semudah yg kita sangka. Jalan yg kita sangka hebat tetapi dipandang asing oleh manusia-manusia yg lain.

Mungkin bahasa yg digunakan ini sangat berbunga-bunga dan sukar difahami, tetapi inilah apa yg aku ingin sampaikan kepada pembaca mengenai ANTARA 2 PILIHAN. Tajuk yg sungguh misteri dan sunyi dengan persoalan yg tercetus di minda.

Manusia dicipta sebagai Khalifah dan beribadat kepada Allah

Berbalik kepada maudhu’ asal, iaitu jalan yg dipilih, Jalan DAKWAH. Kenapa aku ingin kembali ke persimpangan jalan yg dulunya aku berhenti, lalu aku memilih jalan Dakwah ini? Kenapa? Kerana realitinya, jalan ini penuh dengan pancaroba dan dugaan yg tersangat hebat. Tetapi ALHAMDULILLAH, Iman dan Taqwa yg secebis dan sedikit ini menjadi brek kepada diri ini untuk berhenti dan berfikir sejenak kembali.

Adakah hidup aku ini akan menjadi lebih berbaloi sekiranya aku berhenti di pertengahan jalan ini?

Adakah jalan selain jalan Dakwah akan menjadikan aku lebih bahagia?

Adakah melarikan diri dari jalan Dakwah ini akan menjadi pengecualian diri aku di Akhirat kelak?

Persoalan2 ini timbul apabila aku berfikir sejenak berpandukan iman dan taqwa. Ya, betul. Kalau aku melarikan diri dari jalan dakwah, adakah aku akan lebih bahagia sebelum ini. Terus terang aku katakan kepada pembaca,  diri ini sangat jealous dgn rakan-rakan yg lain yg fokus dalam study mereka dan berjaya dalam test/ujian. Kehidupan mereka dipenuhi dengan siang malam study, membaca buku setebal bata-bata konkrit, keluar masuk library 24 jam tanpa henti, sekali baca ja terus ingat, bersiar-siar menikmati alam dan berjalan-jalan dan melancong ke luar negara. Sungguh jeles dan terasa osem mereka itu.

Tetapi aku?

Hampir kesemua masa aku gunakan untuk perkara-perkara lagha, kemudian, masa yg lain untuk gerakan dakwah, dan masa yg lain, yg lebih sedikit untuk masa study. Sangat sedikit untuk study dan dakwah.

Ya, sememangnya pembaca mula berkata, “Oh, patutla. Buat perkara lagha sangat. Memanglah tak cukup masa”. Ya betul. Itu pun aku fikir mengenainya. Ingin aku katakan bahawa aku ingin menjadi seorang daei tetapi masalahnya, ialah saki baki Jahiliyah masih lagi beku di dalam diri. Inilah isunya. Saki baki Jahiliyah. Kenapa ada saki baki Jahiliah? Tak pergi daurah Sayonara Jahiliah ke? Ya, memang aku tak pergi dan aku masih baru dalam jalan Dakwah ini.

Jalan Dakwah itu Sukar

Tersangat sukar untuk menjadi Daei yg ingin mengubah fikrah seseorang dan sekaligus, pada masa yg sama perlu mengubah diri juga kepada yg lebih baik. Barulah mampu menjadi contoh dakwah yg efektif. Tetapi aku tidak sebegitu. Teringat semula kepada ayat2 Al-Quran, aku sangat takut dengan ayat Al-Quran pada surah As-Saff, ayat ke-2 dan 3:

Wahai orang-orang yg beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya. (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yg kamu tidak lakukan. (3)  (61: 2-3)

Sungguh menakutkan. Setelah dibebankan dgn tanggungjawb dakwah, lalu Allah menyuruh manusia supaya sentiasa melakukan apa yg selalu mereka katakan. Jika tidak, kemurkaan bagi Allah kepada mereka itu. Sedih. Dilemma ini yg sering menghantui diri. Aku menyeru anak-anak usrah ke arah kebaikan tetapi aku sendiri masih lagi dalam saki baki Jahiliyah dan masih melakukannya. Aduh, sungguh sukar utk merasakan diri ini sudah membuat pilihan yg tepat. Mana mungkin aku mampu sampaikan dakwah ini jika aku sendiri tidak berubah.

Contoh yg terbaik? Jika difikir semula sepanjang perjalanan hidup di sini, aku bukanlah pelajar Medik dan IB yg boleh dijadikan contoh terbaik. Terus terang aku katakan bahawa aku bukanlah manusia yg pandai dan kadangkala, aku berasa malu dgn orang yg sering bertanya mengenai keadaan pembelajaran aku dahulu. Aku manusia yg cukup lemah dalam bidang study berbandingkan dengan orang lain.  Aku bukan manusia genius malah aku bukan orang yg bijak dalam pelajaran. Aku cuba dan cuba untuk membaiki tetapi jawapannya masih sama, GAGAL.

Inilah dilema-dilema yg sering aku hadapi. Ya, sememangnya permulaan ini sebagai daei yg “underground”  sangat teruk. Permulaan yg hampir memutuskan hati aku dengan jalan Dakwah. Kadangkala, aku merenung tajam di langit dan bermonolog dalaman bersamaNya,

Ya Allah, kenapa Engkau memilih diriKu yg lemah ini sebagai orang yg memperjuangkan agama Mu ini? Kenapa tidak si polan bin polan yg Kau anugerahkan rezeki-rezeki yg hebat-hebat kepadanya? Kenapa insan hina seperti aku ini Engkau takdirkan aku bersama berjalan atas jalanMu ini? Aku bukanlah manusia yg hebat malah hina dan bergelumang dengan dosa-dosa.

Adakalanya, tangisan kecil menerajang air mataku keluar memikirkan nasib ku ini dengan hiba dan sedih. ANTARA 2 PILIHAN yg sukar. Jalan Dakwah atau Jalan Jahiliyah. Baik atau Jahat. Syurga atau Neraka.

2 PILIHAN yg akan memisahkan antara Haq dan Batil. Inilah dilema yg aku sering terfikir. Alhamdulillah kata hati bercampur iman dan taqwa banyak memberi peranan dalam diri aku. Walaupun dipenuhi dosa, hati ini mengajak beristighfar malah kata hatiku berpesan,

Jika kau mahu lari dari jalan Nya, larilah ke dunia yg Allah tidak mampu melihat kamu.

Malah, Allah menjawab dilema aku ini (walaupun ia diulang-ulang oleh sahabat2, naqib2) dalam Surah Muhammad, ayat 7.

Wahai orang yg beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (47:7)

Dalam masa yg sama, bagi orang yg sentiasa membela agama Allah, Allah akan dan pasti akan menguji mereka ini sepertimana yg diperkatakan oleh Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155,

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (2:155)

Mari bersabar sambil teguh memegang panjiNya

Semoga Allah memperkuatkan hati ku untuk menempuhi jalannya. Sesiapa yang sudah menerjunkan dirinya ke medan dakwah, dia harus bersabar terhadap rasa sakitnya yang hebat, dan jangan sekali kali berputus asa. Kerana sesungguhnya kemenangan itu ada dibelakangnya.

Apakah mereka mengira bahawa mereka akan dibiarkan masuk syurga, padahal belum datang kepada mereka cubaan sebagaimana halnya orang2 yg terdahulu sebelum mereka? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan berbagai macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang2 yg beriman yang menyertainya “Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah bahawa pertolongan Allah itu dekat” (Al Baqarah : 214)