Hidup semula!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Hampir 8-9 bulan meninggalkan blog ini kesunyian tanpa diisi dengan apa-apa post. Rasa ingin menghidupkan semula blog ini dgn pengisian-pengisian yg saya kecapi selama beberapa bulan di sini. Sepanjang perjalanan yg lepas, kehidupan yg dikelilingi aura tarbiyah banyak mengajar erti kehidupan yg lebih mudah difahami dan dihayati berbanding sebelum ini.

Saya tidak tahu nak mulakan dengan apa utk post pertama dalam tahun 2012 ini. Apa yg terlintas di fikiran saya ialah mengenai HIDUP SEMULA!! Sinergi. Segar. Semua orang sentiasa menginginkan kehidupan yg baru seolah2 mereka memperoleh nyawa dan kehidupan yg tajdid malah menyenangkan. Malah, ahli-ahli neraka pun meminta-minta kpd Allah utk hidup semula ke dunia dan berjanji utk tidak mendustakan ayat-ayat Allah.

Mereka pun mahu hidup semula!!

وَلَوْ تَرَىَ إِذْ وُقِفُواْ عَلَى النَّارِ فَقَالُواْ يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلاَ نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: “Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman”.
Al-An’am 6:27

Ya, tidak terkecuali juga si empunya diri. Ingin hidup semula setelah dibunuh oleh kesesatan.

Itulah fitrah manusia. Kekosongan jiwa yg melarat akan lama kelamaan akan membunuh jiwa itu tanpa belas kasihan. Namun begitu, si Pencipta yg Maha Agung ALLAH tidak pernah membiarkan jiwa yg dibunuh dibiarkan begitu sahaja bergelimpangan. Allahu Akbar! ALLAH sentiasa membuka ruang kpd jiwa2 ini utk cuba memulihkan diri selagi jiwa ini tidak dimakan oleh bakteria MATI. Ruang utk bangkit, pulih dan hidup semula! Keindahan perasaan ini tidak dapat digambarkan melainkan bagi orang yg merasakannya.

Mungkin ramai yg kurang faham dgn bahasa yg saya cuba sampaikan. Ia adalah sebuah analogi yg saya gambarkan ttg jiwa yg mati namun menjadi segar setelah dihiasi dgn Islam. Ya, kemuliaan Islam. Kemuliaan Islam yang mengangkat martabat manusia yg asalnya lemah dan hina. Sepanjang perjalanan kehidupan yg baru ini, betapa gumbiranya hati kerana dapat melihat dgn sendiri bagaimana jiwa yg kosong menjadi pulih dan hidup semula disebabkan mengangkat ISLAM sebagai ubat solusi!! Mmg ajaib sungguh jiwa ini. Jiwa yg “hopeless” menjadi sebuah jiwa yg tidak pernah lelah utk bersinar dgn cahaya dan sgt menenangkan. Sungguh.

Namun, secara hakikatnya, di luar sana masih ramai yg terkapai2 utk bangkit memperoleh kehidupan yg lebih bermakna. Jiwa mereka masih lagi berada dalam kekaratan jahiliah yg hina dan mereka tercari2 pelbagai cara utk mengisi jiwa kosong mereka. Adakalanya mereka menggunakan hiburan sebagai pengisi hati mereka, namun tetap menjadi kosong dan tidak tenang. Adakalanya mereka mencari harta yg banyak utk mengisi jiwa mereka yg kosong, namun ia tetap tidak berjaya. Adakalanya mereka berkejar-kejaran utk mendapatkan keseronokan dunia, namun begitu, jawapannya tetap sama. Gagal.

Teringat saya sebuah kata-kata yg sungguh terkenal diungkapkan oleh sahabat Rasulluah s.a.w yg cukup terkenal iaitu, Saidina Umar Al-Khattab r.a. Ungkapannya berbunyi begini:

“Kita adalah kaum yang telah diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Andai kata kita cuba mencari kemuliaan dengan yang selain daripada Islam, nescaya kita akan dihina oleh Allah.”

Ya, benar sekali. Tiada jalan lain yg mampu mengangkat jiwa kita ke sebuah tahap yg lebih tinggi melainkan ISLAM. Tidak kira apa umur, bangsa, dan jantina kamu melainkan mereka ini ialah orang yg mengangkat jiwa mereka sendiri dengan ISLAM. Bila lagi kita mahu menjadi “super” di hadapan ALLAH??

Super Muslim. Siapa lagi kalau bukan kita?

Saya rasa post ini menjadi tiupan permulaan bagi blog kali ini. Semoga ALLAH redha dgn permulaan ini.