Impianku menjadi seorang syuhada’

TOPSHOT - Palestinian members of the Ezz

Sepanjang perjalanan tarbiahku, sudah banyak perkara yang ku lalui yang membuatku merasa cinta dengan jalan dakwah ini. Bermula dari seorang yang suka memberontak, seorang yang ‘counter-culture’, kurang bergaul dgn manusia kepada seorang yang ada (insyaAllah) keinginan yang kuat untuk mengubah masyarakat dengan jalan membina manusia-manusia walaupun pada hakikatnya, aku masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

 

Di saat tersentuhnya dengan jalan dakwah ini, antara impian aku yang pertama ialah menjadi syuhada’ di atas jalan ini. Mungkin impian ini ‘cliche’ bagi sebahagian besar Muslim yang komited dengan agamanya. Tetapi, keinginan yang luar biasa ini menjadikan aku kuat dalam menghadapi ujian-ujian. Adakalanya aku mengalirkan air mata kerana membayangkan nama-nama para syuhada masa kini mengenai bagaimana mereka hidup istiqamah dalam perjuangan sekalipun nyawa dan darah mereka sebagai penebus untuk jalan perjuangan ini. Sebelum nikmat syahid itu tiba, para pejuang ini melalui kehidupan mereka ibarat seorang syuhada yang hidup di bumi. Seorang ahli syurga yang hidup di dunia!

 

Sungguh, aku mengimpikan hidup seorang syuhada’ yang setiap saat, diinfakkan untuk perjuangan. Setiap hartanya diinfakkan untuk jalan dakwah. Cintanya kepada jalan perjuangan ini tiada tolok bandingannya. Tanpa ragu-ragu, mengharapkan pengorbanannya itu dibalas dengan syurga yang kekal dari Rabbnya. Seorang syuhada’ itu ialah seorang yang bebas dari ikatan keduniaan kerana hatinya telah memutuskan apa yang ada di dunia dan menghubungkan hatinya semata-mata ke langit, menuju Tuhannya. Itulah para syuhada’. Allah!

1209101512128k1khf0a7oibnukp716b

 

Bagaimana kita boleh katakan bahawa kita sudah melakukan dakwah kita sedangkan masa-masa kosong kita diisi dengan perkara yang sia-sia. Jika dibandingkan para syuhada’, mereka telah meletakkan apa yang mereka ingin persembahkan kepada Allah di dalam masa-masa mereka. Itulah para syuhada’.

 

😥

 

Layakkah aku menjadi seorang syuhada’

 

-filhaqiqatulislah-

Advertisements