Pembulian dalam organisasi dakwah (?)

Disclaimer: Tulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak berniat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak secara langsung atau tidak langsung.

***

Biasanya kita kerap mendengar berlaku kes buli di sekolah, asrama ataupun di pejabat bagi yang bekerja. Biasanya pembulian ini berlaku dalam bentuk buli fizikal, mental dan emosi. Disebabkan hal ini berlaku, ia akan memberi kesan negatif kepada seseorang yang dibuli sama ada cedera fizikalnya, mentalnya tertekan dan emosinya berkecamuk dan tidak selesa.

Pernahkah anda mendengar kes buli yang berlaku dalam organisasi dakwah? Adakah ia wujud? Ya, ia berlaku sama ada pelakunya sedar ataupun tidak sedar. Malah, adakalanya ia tidaklah dipandang sebagai satu pembulian secara terus. Tetapi ia berlaku dalam bentuk yang tidak langsung seperti kononnya ‘penuh kasih sayang‘, ‘demi dakwah, syeikh!‘, ‘syurga itu benar, neraka itu benar, amal soleh yg banyak mampu membenarkan kita dgn syurga‘, ‘ana nampak enta paling layak untuk buat kerja ini‘, ‘aseef jiddan akhi, boleh ke enta tolong buatkan? Ana macam tak sempat lah‘, ‘krik.. krik.. krik.. di Group Whatsapp hingga timbullah rasa bersalah bagi orang yang bujang dan tidak bekerja’ dan lain-lain.

Biasa yang menjadi mangsa dibuli ialah aktivis dakwah yang masih bujang dan belum bekerja (Sumber: several self-report). Logik bagi pembuli (pelaku) kepada aktivis yg sebegini ialah mereka yang belum berkahwin dan belum bekerja mempunyai masa yang banyak dan fleksibel, boleh bergerak ke mana-mana sesuka hati, tidak terikat dengan komitmen dan semangat yang tinggi menjulang.

Ini adalah sangkaan yang tidak berasas kerana tidakkah mereka mengetahui bahawa dalam kelebihan-kelebihan yang mereka (aktivis dakwah yang tidak bekerja dan belum berkahwin) ada, mereka juga ada tanggungjawab yang sama beratnya bagi yang berkahwin dan bekerja. Mereka juga wajib belajar dan memahami apa yang mereka belajar di universiti. Bukankah itu juga satu kerja yg memenatkan? 

Mereka juga harus mencari wang lebih untuk menampung hidup yang kian mencabar. Bukan untuk bayar yuran pun tetapi nak ‘survive’ di kampus dan pada masa yang sama nak buat kerja dakwah yang juga perlukan duit. Bukankah itu juga satu kerja yang memenatkan?

Mereka juga harus memikirkan mengenai keluarga di kampung apatah lagi bagi aktivis dakwah yang bermusafir. Bukankah itu juga satu kerja yang memenatkan?

Maka, dengan sikap yang hanya memikirkan ‘aku sahaja yang ada komitmen (kerja, isteri & anak)‘ boleh menjadi faktor pembulian berlaku dalam keadaan zalim sama ada sedar atau tidak sedar. Yang menariknya, mentang-mentang isu kerja dan keluarga ini merupakan alasan yang paling ‘solid’ untuk menidakkan tanggungjawab, ia digunakan sesuka hati tanpa penjelasan yang ‘considerate’.

Maksudnya, sekiranya itulah penghalang pembuli untuk tidak melaksanakan tanggungjawab, jangan tinggal semua tanggungjawab tersebut dan terus melemparkan ia ke atas bahu aktivis dakwah yang bujang dan belum berkahwin. Ini suatu tindakan yang kejam lagi tidak berperikemanusiaan. Sekurang-kurangnya, ‘be more considerate’ dengan melaksanakan sedikit (10-30%) tanggungjawab tersebut.

Sesungguhnya pembulian yang sebegini sungguh tidak menyihatkan malah ia akan menjadi kitaran (cycle) yang akan terus berlaku dari semasa ke semasa.

Mungkin akan ada yang berkata, ‘sebelum ini pun, ana pun pernah kena dengan pakcik-pakcik sebegitu rupa. Mungkin lebih teruk dari enta‘. Ini adalah satu ‘nasihat’ yang sungguh melukakan hati. Dan ia tidak ubah seperti sistem ‘ragging’ di sekolah dan asrama. Sungguh tidak patut ia wujud di dalam organisasi dakwah yang seharusnya tempat yang kondusif untuk seseorang berkhidmat demi dakwah kepada masyarakat, negara dan Islam.

Tulisan ini tidak semata-mata menyatakan kebencian dan ketidak-selesaan di saat berkhidmat untuk organisasi dakwah dan menafikan manfaat besar dalam beroganisasi dakwah, tulisan ini adalah hanya untuk:

1) memberi kesedaran bahawa wujudnya kes-kes pembulian dalam organisasi dakwah,

2) memberi kesedaran bahawa perlunya intervensi (rawatan) yang segera kepada organisasi dakwah, 

3) memberi kesedaran bahawa aktivis muda yang banyak membantu juga perlukan keseimbangan (tawazun) dalam berkhidmat, 

4) menyeru supaya pembuli dalam organisasi dakwah sedar diri bahawa mereka sedang membuli, 

5) menggesa mas’ul (ketua) untuk menko-ordinasikan tugas-tugas dengan penuh AMANAH, seimbang dan bertanggungjawab kepada seluruh ahli aktif,

6) menggesa untuk menghentikan segala bentuk pembulian yang boleh mengakibatkan ‘burn-out’ kepada seluruh lapisan aktivis dakwah.

Objektif-objektif ini mungkin tidak setimpal dengan maklumat-maklumat yang telah ditulis pada awal artikel ini. Dalam makna yang lain, tulisan ini sekurang-kurang menjadi ‘whistle-blower’ kepada seluruh organisasi dakwah terutamanya ahli aktif untuk bersedia mengubah budaya negatif dan merosakkan ini kepada budaya yang lebih sihat sebelum kita nak mengubah budaya masyarakat Islam yang kita idamkan.

Dengan itu, penulis ingin menyarankan beberapa cadangan dalam mengurangkan budaya negatif ini:

1) Semua aktivis dakwah menyedarkan diri mereka bahawa apabila mereka menjadi ahli aktif yang ‘tidak aktif’, mereka sedang membebankan orang lain dengan beban yang berganda.

2) semua orang ada beban yang tersendiri yang sama beratnya. Tidak kira kau kahwin ke tak, tidak kira kau kerja ke tak, tidak kira kau pelajar ke tak. Maka, semua orang harus merasa bertanggungjawab dengan tugasan dakwah masing-masing kerana ia akan meringankan beban tanggungjawab tersebut tanpa kita sedari.

3) 3 ciri-ciri ukhwah yang Imam Hassan Al-Banna nyatakan bukan hanya wujud masa mukhayam, daurah, wasilah tarbiah lain atau hanya masa kita semangat sahaja. Ia juga wujud ketika kita bekerja dan beramal. Maka, amalkanlah dlm keadaan yang penuh ikhlas.

4) setiap mas’ul harus meng-fungsi-kan setiap ahli di bawahnya mengikut jobskop yang telah ditetapkan. Tegur bila patut ditegur. Supaya ahli menyedari bahawa ada perkara yang harus dibetulkan. Puji bila harus dipuji supaya ahli menyedari bahawa kerja mereka dihargai. Jika ada ahli yang sedang tidak tahu punca kenapa ada dalam JK berkenaan, jangan segan silu untuk bagi tugasan.

5) untuk kembali semula kepada makna dan objektif besar yg asal. Kenapa aku terima untuk menjadi ahli aktif? Kenapa aku harus melakukan kerja-kerja ini dsb.

Penulis mengakui bahawa cadangan-cadangan ini adalah cadangan yang tidak menyeluruh dan holistik. Ia mungkin akan mampu mengurangkan dan mungkin juga tidak memberi apa-apa kesan. Maka, ia memerlukan pendekatan yang lebih sistematik dari yang pakar sama ada para syuyukh dan syabab yang lebih lama dalam organisasi. Selain itu, tulisan ini juga ada limitasi dari sudut pengambilan maklumat dan fakta yang diambil daripada self-report juga menunjukkan kes ini belum tentu ‘reliable’ dan ‘valid’ untuk semua organisasi dakwah. Tulisan ini juga mengandungi nada-nada yang kasar bercampur emosi yang boleh memberi persepsi negatif kepada pembaca bahawa tulisan ini adalah hasil dari emosi negatif yang terpendam. 

Secara konklusinya, limitasi dan kekurangan itu dinyatakan dalam keadaan sedar dan insaf. Walaubagaimanapun, harapannya ialah mesej-mesej ini dapat disampaikan dalam bentuk yang jelas dan ‘real’. Penulis ingin menyatakan bahawa artikel ini hendaklah dikritik dan diberi pembaharuan dari perspektif yang lain secara adil dan pada masa yang sama, memberi ‘consideration’ yang besar kepada isu yang telah dinyatakan.

Wallahua’lam. Sekian, terima kasih.

***

“…Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya….” (QS.Al-Baqarah:286)

“Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami. Dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang. (QS.Al-Hasyr:10)

Advertisements

Ulasan daripada Pembaca

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s