Secebis Memoir…

Semakin lama kita berjalan dalam hidup ini, semakin mengerti kita tentang rahsia-rahsia kehidupan. Yang mungkin menjadikan kita makin matang dalam berfikir, menjadikan kita makin ranum dengan apa yang kita rasai dalam kehidupan ini.

Begitu juga diri ini.

Tidak terlepas dari pengalaman-pengalaman yang panjang (untuk setakat ini). Pengalaman-pengalaman yang pernah di satu saat ketika itu, aku menyangka sudah tiada harapan, tetapi masih lagi aku mampu ‘survive’ dari kejatuhan. Aku bangkit melutut dan berjalan dengan luka tetapi penuh harapan.

Dalam hujan yang renyai-renyai begini, perasaan melankolik menyelubungi jiwa ini. Perasaan ‘overwhelming’ dengan cinta, rindu, ketakutan, harapan dan pelbagai rasa telah menjadikan diri sentiasa bermuhasabah mengenai perjalanan-perjalanan ini yang telah memakan umurku hampir 26 tahun.

Bagi aku, 26 tahun ini mungkin berbeza dengan kebanyakan rakan-rakan ku yang lain yang sudah jauh transit ke fasa yang lain. Mungkin fasa yang lebih matang dan mencabar. Aku masih lagi di fasa sama, fasa berjalan-jalan dengan teori dan teks, namun tidaklah menjadikan aku lemah, malah aku menerima cabaran itu dengan redha.

***

Dalam persiapan untuk semester baru ini, pelbagai keadaan yang mula terngiang-ngiang dalam benak fikiranku. Sudah mula aku fikirkan secara serius apakah nasib aku seterusnya. Sebelum ini, pernah juga aku fikirkan. Namun, masih mampu dikawal dengan baik dan kadangkala memilih untuk tidak memikirkannya. Kali ini, ia datang semula dengan perasaan dalam bentuk baru. Perasaan bahawa kita mengetahui bahawa ada seseorang yang sudah memendam rasa dan harapan untuk kita.

Maka perasaan tersebut tidak hanya berbincang soal diri sebatang kara lagi, tetapi soal berdua. Soal tanggungjawab bersama. Soal masa depan bersama. Soal hidup semati bersama. Soal jatuh bangun bersama. Ini soal yang besar. Tersangat besar. Soal yang menggesa kita untuk mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik. Tidak mengecewakannya dan meringankan bebannya.

Namun, aku masih berada di fasa lama. Fasa masih mencari sehelai kertas yang membolehkan aku berkhidmat untuk menyara hidup. Fasa mencari rentak untuk menstabilkan masa hadapan. Fasa untuk menyarungkan jubah konvo yang memerlukan masa selama 28 tahun untuk hinggap ke badan aku. Fasa permulaan kepada impian-impian besarku.

***

Hari Raya Qurban tahun ini aku diuji oleh Allah dengan ujian perasaan yang sungguh menggugahkan. Perkara 3 tahun lepas diungkit-ungkit dan dijadikan sebagai bahan bualan yang panjang. Aku tidak marah – ya, langsung tidak marah. Malah, memaafkan mereka kerana mereka tidak tahu – cuma ia melukakan. Parut yang sudah dijahit dan hampir sembuh tidak perlu dilukakan. Biar ia sembuh dengan sendirinya. Namun, apabila ia ditoreh semula, ia sungguh tidak baik dan lebih menyakitkan. Mungkin ini ujian dariNya. Ya, aku terima. Moga ia menjadi kafarah dosa.

Keputusan untuk berhenti dan menukar haluan bidang ilmu lain merupakan percubaan tekad diri ini. Ia tidak berkaitan dengan siapa-siapa atau mana-mana pihak. Tidak dinafikan, keputusan itu ialah keputusan separuh masak dan secara jujurnya, perasaan menyesal masih ada. Ketika itu, aku merasakan aku ada alasan yang ‘valid’ tetapi rupa-rupanya, ada kesan yang lebih menakutkan tanpa ku sedari. “Sometimes. I learned better in a very hard way and this is the worst event in my life that taught me a lot. I accepted it and I acknowledged it.” Sudah diakui bahawa pengajaran tidak hanya boleh diambil dengan mendengar dari orang lain tetapi adakalanya lebih baik untuk dirasai. Lihat saja bagaimana Musa belajar dengan Khidir. Lihat sahaja bagaimana Maryam belajar makna kesabaran dari Isa a.s.

Ya, mungkin juga pengalaman aku juga begitu. Cuma aku bukan nabi atau rasul. Aku hanyalah manusia yang penuh kelemahan dan kekurangan tetapi, ingin berjiwa besar untuk mendakap segala kebaikan di atas kekurangan yang ada.

***

Di atas keadaan semua itu, perasaan kasihan kerap timbul apabila aku memikirkan mengenai masa hadapan. Kasihan kepada diriku, ibu bapaku, ibu bapa kepada orang yg mencintaiku, orang yang mencintaiku, orang yang dibawah jagaanku, orang yang hidup bersamaku dan orang yang meletakkan harapan dan percaya kepadaku. Ya, aku kasihan kepada mereka. Adakah aku mampu menanggung beban yang makin hari makin bertambah? Adakah aku mampu membantu mereka? Adakah aku mampu untuk tidak lagi mengecewakan mereka? Persoalan-persoalan itu tidaklah menjadikan aku manusia yang lemah dan memilih untuk pasrah tanpa usaha. Aku masih kuat untuk menghadapi segala rintangan dan berusaha untuk mencapainya. Persoalan besarnya lebih kepada,

‘To what extent that I can push myself to always spread and give love and goodness to them?’

Kasihan ku kepada mereka sekiranya aku tidak mampu memberi rahmah kepada mereka. “I wish I can be better for them. Always.”   T_T (Crying internally)

***

Tidak ada harapan dan pergantunganku melainkan kepada Allah semata-mata.

“… apa yang ada pada kamu akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal.” (An-Nahl, 96)

***

Ya Tuhanku, sesungguhnya tidaklah ada kekuasaan, kekuatan, kesanggupan dan kudrat melainkan apa yang Engkau ada atau Engkau anugerahkan kepada hambaMu. Tidaklah ada rezeki dan malapetaka yang hadir pada diriku melainkan keizinanMu. Tidaklah diriku ini dihindari dari dosa dan kejahatan yang ada dalam diriku tanpa ada pengampunan dariMu. Maka, ampunkanlah dosa-dosa ku dan dosa-dosa orang yang mencintaiku. Dengan hakikat itu, aku akur di atas kehambaanku dan meletakkan setinggi-tingginya harapan dan cinta padaMu. Bantulah dan persiapkanlah diriku untuk sentiasa menebarkan kebaikan dan rahmah kepada orang yang sentiasa mencintaiku dan memberi harapan kepadaku. Ya Allah, kasihanilah mereka dan diriku!

 

Advertisements

Ulasan daripada Pembaca

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s