Lamunan Ramadhan [SPECIAL]

Hatiku lemah mendambakan keampunanMu

Selesai solat subuh berjemaah, aku pulang ke rumah bersama ayahku. Dalam perjalanan, fikiranku melayang seketika. Hatiku tertanya,

“Adakah aku betul-betul ikhlas beribadah kepada ALLAH dalam bulan Ramadhan kali ini? Atau hanya ibadah untuk menghormati Ramadhan semata-mata?”

Suasana sepi dan suram kelam kawasan taman perumahan ku lalui mengingatkan aku penyesalan-penyesalan hitam dalam hidupku.

“Ah, aku ingin berubah. Salahkah aku jadikan Ramadhan kali ini titik perubahan ku?”

Kata hatiku membalas persoalan. Namun persoalan itu melayang-layang memenuhi atmosfera otakku. Hatiku berkata lagi soalan yg sama tetapi lebih perit bunyinya,

“Entah-entah, kau berubah sebab kau gagal exam yg lepas? Menyesal? Tak payahlah. Kau ingat ALLAH nak pandang engkau ke? Dosa-dosa kau tu banyak. ALLAH tak kan pandang engkau punya lah. Ramai lagi hamba-hambaNya yg istiqamah ingin Dia pandang. Engkau tu, baru bulan lepas berubah, nak berlagak fikir pasal dakwah dan buat baik.”

Dush. Tersentap kuat lubuk hatiku. Bergenang air mataku menahan sebak. Aku sangka syaitan-syaitan sudah dirantai dalam bulan yg mulia ini, tetapi bekas-bekas gigitan syaitan masih berparut di hatiku.

Enjin motosikal ayahku berhenti menderum. Tersentak dari lamunan sedihku. Aku meluru ke bilik dengan perasaan sayu mengenangkan nasib diri. Lamunanku tidak berhenti begitu sahaja.

“Betul, apa yang kau cakap semuanya betul. Ya, aku gagal. Aku jahil. Aku ego. Tapi, aku tidak mahu dengar apa yg kau kata. Mampus kau. Ramadhan ini peluang aku!! Aku hendak kuatkan hatiku dengan persiapan-persiapan untuk memujuk ALLAH supaya pandang lah aku walaupun sedikit.”

“Ha ha ha, engkau buat kelakar ke? Engkau jadi macam ni sebab ALLAH bagi kau kesusahan. Nanti, bila kau dah senang, kau yakin ke kau boleh jadi macam sekarang? Jawapannya, kau pasti dan mesti lupa kepada ALLAH semula. Ha ha ha.”

Hati berjiwa syaitanku yang kejam menjawab.

Angin sedih pilu bertiup semula memenuhi ruang hatiku malah lebih kencang tiupannya. Aku mengambil Al-Quran, satu-satunya hadiah daripada ayahku sebelum aku belajar di kolej dan kubaca Kalam ALLAH dengan hati yg sayu.

Bacaan Surah Asy-Syura, ayat ke-16 hingga 53 dan diteruskan dengan Surah berikutnya, Az-Zukhruf sehingga ayat ke-22. Perasaan terluka dan sebak mengiringi setiap huruf ayat-ayat suci yg kubaca walaupun aku sendiri tidak faham maknanya. Di dalam fikiranku, aku hanya inginkan sesuatu daripada ALLAH.

“Ya ALLAH, kuatkan lah hatiku. Hatiku ini sangat lemah. Dengarlah suara hatiku yg sepi ini, ya ALLAH. Dengarlah tangisan hatiku ini, Ya ALLAH”

Namun begitu, ia diakhiri dengan titisan air tanpa henti yg memenuhi kelopak mataku.

****

Dum. Dum. Dum

Tiba-tiba pintu bilik ku terbuka. Lamunan dalam lamunanku kembali semula ke alam realiti.

“Abang, pi tolong sat kemas kasut kat depan….eh hang teriak pasai pa?”

Kata ibuku.

Tersentak seketika. Perasaan malu membuat aku berfikir cari jalan untuk mencari alasan.

“Eh,mana ada teriak. Saja ja feeling2. Dok tengah buat karangan. Sedih ja. Biasa la tu.”

Aku mengelak.Dan aku terus mengelak.

“Tak pa la. Pi tolong sat kemas kasut kat depan. Satgi ada cina nak mai buat pintu,”


Oh, teringat aku. Pintu kayu lama rumah ku hampir dimakan anai-anai dan kini akan diganti dengan “sliding door”. Rumah lama katakan. Aku menurut perintah ibuku tanpa berkata apa-apa dan ketipan “keyboard’ komputer riba aku terhenti di situ.

****

Setelah selesai berkemas di hadapan rumah, sekali lagi aku menyelami dimensi lamunan dalam lamunanku meninggalkan permukaan realiti seketika. Dimana aku berhenti? Oh ya. Belum sempat idea untuk menyambung ceritaku tiba, hati hinaku mula mencelah,

“Patutkah kau ceritakan kisah kau kt orang lain? Tambah-tambah lagi, ada niat nak post dekat blog dakwah konon. Dakwah? Diri sendiri pun tak betul, berangan-angan nak betulkan orang lain, keh keh keh”

Aku tidak mahu melayan. Aku tak mahu. Aku tak mahu. Jika dilayan, makin hancur hatiku.

****

Surah An-Nasr

Tangisan air mataku bergelinang. Perasaan “jelous” aku terhadap orang yg berduyun-duyun datang ke masjid semasa bulan Ramadhan sudah pun terjawab dengan Surah An-Nasr. Jelous? Kenapa? Aku takut ALLAH tidak keinginan melihat ibadah ku kerana mungkin ALLAH lebihkan orang ramai yg datang ke rumahNya.

“Ah, ini pemikiran kolot. Sudah, jangan fikirkan lagi. ALLAH sudah pun menjawab. ALLAH maha mengetahui. ALLAH lebih mengetahui daripada kau,”

Baiklah. Terima kasih hati baik ku.

Setelah selesai membaca AL-Quran, hatiku mula tenang seketika dan ku memikirkan,

“Apa yg perlu aku buat sekarang?”

  ~Pena Daei~ 1/8/11~ 9.18am~

****

p/s:

  • Cerita tamat di sini sahaja. (tak taw nak ending cne) Inilah dugaan ALLAH, bagi penulis, kisah ini boleh dikongsi bersama. Kegetiran sebuah penghijrahan.
  • Cukup susah. Sukar. Payah. Penat.Kecewa.Sesungguhnya, inilah jalan dakwah yg penuh dengan liku-liku.
  • Ini baru cabaran diri sendiri. Belum lagi, masyarakat, bangsa dan negara. Semoga ALLAH meletakkan elemen ISTIQAMAH dalam hatiku ini. Amiin~

Taubatlah selagi masa masih ada

Advertisements